Pembahagian Harta Pusaka & Kepentingan Wasiat (MUST)

Miliki buku Ustaz Ghazali yang perlu dibeli untuk urus harta kita. Ia juga panduan berguna setiap kita yang pastinya mempunyai harta.

Berkecimpung dalam bidang faraid dan pusaka selama lebih 7 tahun. Beliau telah melatih lebih 600 orang Perunding Pusaka dan menyiapkan lebih 1500 Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka.

"Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkannya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada ilmu yang banyak. Tetapi malangnya, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku!"
(Riwayat al-Hakim dan Baihaqi)

Adakah kita benar-benar tahu dan mahir tentang ilmu faraid?

Miliki ilmu yang tertinggal untuk kita mengetahui hak setiap waris yang ditinggalkan. Jangan sampai kita terambil hak yang bukan kita punya. Merbahaya! Selesaikan hutang piutang si mati terlebih dahulu. Moga kita terhindar daripada fitnah harta serta selamat dunia dan akhirat.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN:  9789670716442
Jumlah Muka Surat:  349
Berat (Kg): 0.50
Penulis: Ustaz Ghazali Ibrahim
===========================



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

30 Hari Mencari Tuhan

"Kadangkala, petunjuk sudah ada. Dekat dan bukannya jauh dari kita. Tinggal tidak pernah kita bernafsu untuk menyelaknya. Lantas kita rugi setelah mempersiakannya."

Buku Untuk Kita Pendosa: 30 Hari Mencari Tuhan yang dikarang, bukanlah kerana kita hanya perlu mencari Tuhan dalam masa 30 hari.

Bukanlah juga kita pasti akan bertemu Tuhan dalam masa 30 hari. Ia hanya tajuk yang dipilih, kerana dalam masa sebulan, kita mempunyai sekitar 29 hari hingga 30 hari (bulan Qamariah), dan mungkin dalam kesibukan kita mengharungi arus kehidupan, dapatlah kita luangkan sebulan untuk memulakan sebuah pencarian yang penting dalam kehidupan kita.

Buku ini juga diletakkan sebagai buku kedua dalam siri Untuk Kita Pendosa, kerana ia adalah refleksi yang baik untuk kita semua, manusia yang berdosa. Kita berani melakukan dosa, mungkin kerana kita terlupa hakikat hidup kita ini ada Tuhan. Kita juga mungkin berani melakukan dosa, kerana kita tidak tahu yang kita punya Tuhan.

Lantas buku ini kembali mengingatkan kita pada hakikat tersebut, di samping berusaha membawa kita untuk lebih kenal dengan Tuhan.

Buku ini masih dalam kategori santai. Tidak terlalu berat. Ia sekadar sebuah riadhah fikri, untuk kita melakukan lebih refleksi terhadap diri sendiri, serta mengajak para pembaca memulakan pencarian masing-masing terhadap kebenaran Tuhan yang mereka percayakan selama ini. Mungkin buku ini lebih berorientasikan Allah sebagai Tuhan, kerana ditulis oleh seorang Muslim.

Namun kita perlu bertanya kepada diri masing-masing, “Sejauh manakah aku mengenal Allah s.w.t.?” Persoalan itu akan membuatkan kita memulakan sebuah kembara pencarian. Dan keyakinan itu adalah, orang yang mencari, dia akan dapat melakukan peningkatan pada kehidupannya.


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Bongkar Kuasa "P" Dalam Bisnes (MUST)

9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Namun 9/10 perniagaan sedang menuju ke arah kerugian.Buku ini akan memandu anda ke arah membina perniagaan yang berdaya saing.

Buku ini membongkar isu-isu seperti:

  1. Pemilihan strategi pemasaran yang sesuai
  2. Pemilihan produk yang betul
  3. Penetapan harga mampu milik
  4. Menjalankan promosi sesuatu produk dan jenama
  5. Jenis-jenis pelanggan sasaran
  6. Cara mendapatkan pekerja yang berdedikasi
  7. Teknik melihat peluang dalam perniagaan
  8. Bagaimana passion mempengaruhi bisnes
  9. Strategi operasi perniagaan bersistem demi keuntungan
  10. Cara mencipta pengaruh dalam bisnes
  11. Faktor kegagalan bisnes yang perlu dielakkan

Anda boleh menghadiri seminar dengan harga ratusan atau ribuan ringgit, namun anda boleh jimatkan wang anda dengan membeli buku ini!

Baca buku ini, ambil tindakan dan perhatikan bagaimana bisnes anda bertukar!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 9789670392363
Jumlah Muka Surat: 178
Berat (Kg): 0.20
===========================


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Isteri Untuk Diiktiraf (FP)

“Awak ni dah gila ke apa? Saya pun tak inginlah nak kahwin dengan awak ni. Sudahlah perangai macam harimau, muka macam burung belatuk. Memang malang betul!” – Safiyya

“Eh, sekali aku petik jari, berduyun perempuan yang datang tahu. Tak adalah aku nak kahwin dengan perempuan macam kau ni.” - Tengku Wildan

Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal.

Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.
Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti.

Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati. Tetapi, bila lelaki itu meroyan tiba-tiba, dia mula pening kepala.

“Aku baru nak tag nama kau untuk share kata-kata daripada Ustaz Nazmi Abdul Karim ni. Nabi sebut dalam hadis, makruh seorang suami tidur keseorangan tanpa isterinya. Nak pahala senang aje. Peluk bini pun satu pahala. Mulai malam ni, nak tidur malam aku nak peluk kau.”

Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang mengusai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.

Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?


===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.25
ISBN-13: 9789673652501
Jumlah Muka Surat: 744
Berat (Kg): 0.57
===========================



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Buat Duit Dengan Facebook Dan Instagram

Media sosial seperti Facebook (FB) dan Instagram kini bukan lagi sekadar medan berkongsi pendapat, video-video viral, serta gambar semata-mata, tetapi boleh dijadikan sebagai lubuk pendapatan.

Sekiranya kena pada caranya, FB dan Instagram mempu memberikan hasil yang lumayan kepada sesiapa sahaja yang bijak menggunakan medium ini.

Soalnya, bagaimana?

Buku Buat Duit dengan FB & Instagram ini memfokuskan tentang bagaimana kita dapat memperoleh pendapatan dengan menggunakan platform media sosial. Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini termasuklah:

  1. Asas Perniagaan Internet
  2. Sasaran Pasaran
  3. Modal
  4. Pendaftaran Perniagaan
  5. Strategi Meningkatkan Followers dan Likes
  6. Selepas Jualan

Potensi bisnes menerusi FB dan Instagram ini begitu besar memandangkan rata-rata individu di Malaysia malah luar negara memiliki laman sosial ini. Jadi, apa alasan kita untuk tidak menjana pendapatan menerusi platform yang ada ini?

Buat Duit dengan FB & Instagram



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Mudahnya Blogspot

Dari mana datangnya blog ini? Siapa yang menciptanya? Apa fungsinya? Bagaiman menggunakannya?

Buku Mudah Blogspot ini ada jawapannya. Ketahui asal usul dan fungsi blog. Pelajari langkah membina blog dengan mudah. Tambahkan aksesori pada blog. Semuanya ada dalam buku ini. Tidak perlu hadiri kursus dan mudah difahami.

Selamat berkreatif. Semuanya di hujung jari anda. Klik!



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Buat Duit dengan Mudah.my

Mudah.my sememangnya laman web yang begitu popular dalam kalangan peniaga dan pembeli khususnya yang meminati urusan jual beli secara online.

Selain kepelbagaian produk dan servis yang ditawarkan. urusan jual belinya juga mudah dan tidak membebankan.

Buku ini memberi peluang kepada kita bagi meneroka setiap ruang dan peluang bagi menjana pendapatan dan mengurangkan risiko kegagalan menerusi laman web ini.

ISI KANDUNGAN
  1. Potensi Mudah.my untuk Bisnes
  2. Tajuk dan Kandungan Iklan yang Mampu Menjual
  3. Bagaimana Menarik Pelawat Internet
  4. Memberikan Khidmat Pelanggan yang Cemerlang
  5. Bagaimana Gambar Mampu menjual dengan sendiri
  6. Menjana Untung Lebih
  7. Produk dan Servis yang Laku




Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Rahsia Bisnes Google

Kisah kejayaan Google yang merintis industri search engine terbesar di dunia sewaktu masih bergelar mahasiswa telah banyak menginspirasi penggila IT di seluruh dunia.

Kini, Google bukan lagi sekadar search engine, kemampuannya yang luar biasa membuat ramai orang berfikir bahawa Google mempunyai magik bagi menjawab semua pertanyaan.

Google memang hebat, di tengah perlumbaan dalam kalangan penggiat industri IT yang kompetitif, Google berjaya mengalahkan semua search engine lain. Bahkan, kini istilah googling sinonim dengan aktiviti mencari maklumat di internet.

Siapa tokoh di sebalik kejayaan Google? Serta bagaimana Google mencapai tahap setinggi ini sehingga disegani raksasa IT sebesar Microsoft? Ikuti kisah selengkapnya dalam buku ini.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN: 978-967-5226-65-6
Jumlah Muka Surat: 208
Berat (Kg): 0.22
Penulis: N. K. Susrini
===========================




Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Hebatnya Android

Handfon Android kian popular. Pada era digital dan Internet masa kini, handfon Android ternyata memberi banyak kemudahan terutama kepada pekerja profesional mahupun bagi mendukung segala pekerjaan mereka.

Dengan handfon Android yang mempunyai kemudahan Internet, segala urusan dapat dilakukan dengan mudah. Kita dapat menguruskan dokumen kerja dan mengadakan mesyuarat secara online pada bila-bila masa.

Malah, kita dapat melakukan navigasi semasa dalam urusan luar, dan menjadikannya sebagai hotspot lokasi yang disinggahi.

Tambahan, Android juga dapat menjadi pengawal kesihatan kita pada setiap masa. hasil aplikasi pendukung yang hebat dan maju, Android dapat menjadi pejabat bergerak yang boleh di bawa ke mana sahaja. Buku ini memberikan tip-tip berguna bagi memaksimumkan penggunaan Android dalam urusan pekerjaan.


Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0185-15-6
Tarikh Terbit: 24 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 96

Berat (KG) : 0.17

==============================


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Tip Menawan Hati Pelanggan

Pelanggan yang setia dan menghargai perkhidmatan yang diberi adalah petunjuk dalam kejayaan dan kemajuan perniagaan. Lebih ramai pelanggan melanggan produk yang dikeluarkan syarikat, lebih berjaya dan maju perniagaan itu.

Malangnya banyak syarikat yang tidak endah kepada pentingnya kewujudan pelanggan. Peniaga perlu memahami kewujudan pelanggan bukan hanya pada suatu masa sahaja, tetapi mereka diperlukan daripada mula syarikat beroperasi sehingga ke akhirnya.

 Setiap topik yang dibincangkan disertai dengan contoh semasa supaya ia relevan dengan situasi perniagaan kini selain memastikan pembaca mendapat gambaran jelas berkaitan penerangan yang diberikan. Kami turut memastikan cara-cara melayan pelanggan yang dicadangkan sesuai dengan budaya dan nilai-nilai universal yang dapat digunakan di pelbagai lokasi dan pada bila-bila masa.

Saya berharap buku ini dapat dijadikan alat bagi lebih memahami konsep khidmat pelanggan yang hebat selain menyediakan alternatif baru dalam menghadapi dunia yang mengiktiraf pelanggan sebagai raja, pelanggan sentiasa benar dan dapat menyelesaikan masalah mereka adalah produk utama.

Strategi yang perlu anda utamakan adalah, bagi memenangi hati pelanggan untuk jangka masa panjang. Ini adalah ciri utama kejayaan perniagaan ataupun usahawan. Cuba amalkan panduan dan cadangan yang dinyatakan di dalam buku ini, mudah-mudahan ia dapat membantu perniagaan anda berkembang maju.

Kuncinya adalah menawan hati pelanggan dan menjadikan mereka sebagai pelanggan setia. Ini adalah tugas yang nampak mudah tetapi sebenarnya penuh dengan cabaran. Dalam hal ini, kejayaan anda bergantung pada empat perkara utama:

  1. Kesedaran berkaitan teknik yang sesuai dengan per-niagaan anda.
  2. Mahu mencuba idea-idea baru.
  3. Prihatin pada perkara kecil yang memberi kesan yang besar.
  4. Mengguna pakai panduan di dalam buku ini dengan konsisten.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN: 978-983-3586-21-9
Jumlah Muka Surat: 185
Berat (Kg): 0.20
Penulis: Zainuddin Zakaria ; Ziadatul Hidayah Zakaria
===========================



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Eat That Frog (Edisi Bahasa Melayu)

Begitu banyak yang perlu dilakukan dalam waktu yang begitu singkat. "Eat That Frog" adalah teknik terhebat bagi membunuh kemalasan dan membereskan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat.

"Sekiranya kamu perlu makan seekor katak pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk yang mungkin berlaku pada hari itu." - Mark Twain -

Peraturan pertama memakan katak: Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu. Bermaksud apabila kita mempunyai dua tugas penting, mulakan dengan tugas yang paling besar, paling penting dan paling susah dahulu. Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta-merta. Siapkan tugas it terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.

Peraturan kedua memakan katak: Sekiranya kita perlu makan seekor katak hidp-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama. Bermaksud, selesaikan tugas yang paling penting pada setiap pagi. Itulah kunci kepada prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi. Jadikan 'makan katak' sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk 'makan katak' dan jangan bertangguh melakukan tugas yang penting.

Katak adalah simbolik kepada tugas yang terbesar dan terpenting. Tugas ini memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita. Namun, tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita tidak teruja mahu menyelesaikannya.

Format: Paperback
Saiz: 9x6x0.25
ISBN-13: 978-967-369-190-6
Tarikh Terbit: 21 Dec 2012
Jumlah Muka Surat : 144

Berat (kg): 0.19
Kategori: Pengurusan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd




Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Revolusi Intelektual (ILHAM)

Buku Revolusi Intelektual di tangan para pembaca ini secara khusus membicarakan gagasan utama mengenai intelektual Muslim dan arus kebangkitan Islam menerusi pendekatan rahmatan lil ’alamin termasuk membincangkan beberapa isu terpilih yang menyentuh secara langsung dalam kehidupan masyarakat.

Ia menggambarkan aspirasi penulis mengenai kepentingan revolusi intelektual dan memahami isu semasa secara lebih berkesan dan berilmu.

Sesungguhnya penguasaan ilmu menerusi dinamika intelektual dan kemampuan memahami isu semasa adalah sesuatu yang perlu dikuasai oleh umat Islam bagi memastikan sebarang unsur dan cabaran yang dilalui dapat dihadapi dengan baik berbekalkan ilmu dan kefahaman yang secukupnya.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8”
ISBN-13: 9789672007012
Jumlah Muka Surat: 197
Berat (Kg): 0.23
Penulis: Zulkifli Hasan
===========================





Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Wasiat Dari Langit Eropah (ITBM)

Wasiat Dari Langit memaknakan falsafah kehidupan dalam penceritaaannya. Resam persahabatan, erti pengorbanan malah nilai percintaan diadun sempurna pada setiap pengkisahan.

Bermula dengan pergulatan rencam di desa, novel ini membawa pembaca menyantuni setiap deria rasa di bumi Eropah.

Pengalaman-pengalaman berharga dikutip dan dituangkan ke dalam setiap langkah kehidupan dan sekali gus menguja rasa ingin tahu pembaca.

Melalui Wasiat Dari Langit Eropah penulis menggambarkan pengembaraan bukanlah sekadar sebuah perjalanan, tetapi pengembaraan itulah yang bakal membuka rahsia sebuah wasiat penting dalam kehidupan. Hakikatnya, "perjalanan itu lebih baik dari sebuah ketibaan."

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 978-967-460-017-4
Jumlah Muka Surat: 195
Berat (Kg): 0.23
===========================


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Motivasi Diri Melalui Teladan Para Nabi (HIDAYAH)

Kehidupan kita di dunia tidak pernah sunyi daripada suka dan duka, cubaan dan dugaan, onak dan duri, yang berselang-seli, nasib kita tidaklah sama.

Namun semua itu adalah ujian Allah SWT yang Maha Kuasa bagi menguji siapakah yang terbaik daripada kalangan para hamba-Nya.

Di sebalik ujian dan dugaan yang kita lalui, walau sesusah mana pun jua, ingatlah bahawasanya dugaan yang dilalui oleh para Nabi dan Rasul tentu sudah pasti lebih berat dan perit.

Mereka menghadapi pelbagai ujian, ancaman dan seksaan daripada kaum yang menentang mereka. Di antara mereka ada yang dikenali dengan gelaran Rasul Ulul Azmi iaitu:

1. Nabi Nuh A.S.
2. Nabi Ibrahim A.S.
3. Nabi Musa A.S.
4. Nabi Isa A.S.
5. Nabi Muhammad Salawatullah'Alaihim Ajma'in

Mereka menghadapi ujian dan rintangan paling berat sepanjang perjalanan kehidupan dakwah mereka. Kisah-kisah pengajaran ini dapat dibaca dan diceduk daripada Kitab Suci Al-Quran al-Karim sebagai iktibar dan pengajaran kita sebagai pendakwah dan khalifah Allah di muka bumi, yang hidup di akhir zaman yang penuh pancaroba dan karenah manusia.

Buku 'Motivasi Diri Melalui Teladan Para Nabi' ini diterjemahkan untuk kita sebagai santapan minda dan rohani. Yang mampu menjadi panduan berguna dalam kehidupan, menjadi rujukan konsultansi dan kaunselor jiwa, motivasi kejayaan diri dan umat. Malah menambahkan rasa keinsafan diri sebagai hamba Allah yang mendambakan keredaan-Nya dan serba kekurangan.

la mengandungi panduan dalam aspek kekeluargaan, rumahtangga, pembersihan jiwa (tazkiyah an-nafs), kaedah pendidikan anak-anak dan para remaja masa kini, godaan nafsu dan cara-cara mengawalnya, fitnah wanita dan keperluan kaum lelaki membimbing dan melindungi wanita dengan sebaiknya.

Juga menyentuh isu-isu semasa seperti bahan merangsang syahwat yang terpapar di televisyen dan internet, serta pengajaran lain yang bersumberkan kisah-kisah para Nabi dan Rasul, serta kisah-kisah para sahabat Nabi S.A.W yang perlu dibaca dan dibacakan kepada anak-anak kita supaya kita semua dapat meneladani pengajaran, iktibar dan motivasi daripada gabungan personaliti hebat yang mendapat petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Peliharalah diri kita dan kaum keluarga kita semua daripada menjadi bahan bakaran api neraka. Selamat membaca dan beramal.

===========================
Format: Paperback
ISBN: 978-967-0267-56-2
Jumlah Muka Surat: 575
Berat(kg) : 0.75
===========================



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Usahawan Akhirat (GALERI)

Usahawan Akhirat secara pintar melihat dunia hanya sebagai singgahan sementara. Mereka berniaga di dunia.

Keuntungannya boleh dinikmati di dunia dan lebih mewah lagi di akhirat. Sebaliknya, perniagaan semata-mata atau melebihkan secara melampau kehidupan dunia boleh menyebabkan mereka menggigit jari ketika berhadapan dengan Allah pada hari penghakiman.

Penghakiman Allah sangat jelas, yang mana ada yang menerima balasan syurga dan selebihnya akan berhadapan dengan azab seksaan api neraka sebelum dikembalikan ke syurga atau terus kekal selama-lamanya di sana.

Namun bagi mereka yang berfikir pilihan istimewa yang sepatutnya dikejar ialah memasuki syurga tanpa dihisab. Mereka tidak perlu menunggu lama.

Realitinya, walaupun diingatkan berulang kali tentang kewujudan negeri akhirat yang kekal abadi, manusia masih menyangka dunialah yang perlu diperjuangkan sesungguh hati. Mereka tidak mengendahkan kepentingan hakiki. Umumnya, mesej yang ingin disampaikan adalah aspek
ketuhanan yang telah dilalui oleh kedua-dua penulis melalui latar berbeza.

Ya, kita berniaga di dunia namun perniagaan menuju akhiratlah yang akan menyebabkan kehidupan itu mempunyai harga luar biasa dan ketahuilah perniagaan yang tidak pernah merugikan ialah berniaga dengan Allah!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5”
ISBN: 978-983-097-511-5
Jumlah Muka Surat: 347
Berat (Kg): 0.45
===========================


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

BAGAIMANA WAJAHKU DI PADANG MAHSYAR (HIDAYAH)


Sebahagian daripada mereka, ada yang berwajah seperti kera, ada juga yang berwajah seperti babi,
ada yang dalam keadaan terbalik di seret dengan keadaan kaki di atas dan kepala di bawah, ada juga yang yang dihimpunkan dalam keadaan buta dan diiring, dan ada juga yang tuli serta bisu dan tidak berakal...

Kelak, saat hari kiamat tiba, golongan manusia dan jin akan dikumpulkan di padang mahsyar. Setiap manusia dikumpulkan berdasarkan golongannya. Dengan berbagai rupa dan wajah yang sama sekali berbeza dibandingkan saat di dunia.

Ada yang berwajah babi, kera, buta matanya, dan berbagai-bgai lagi. Semua ini bergantung amal perbuatan mereka semasa hidupnya.

Buku yang sedang berada di tangan anda inj menghurai secara terperinci perjalanan manusia sejak memasuki alam kubur hinggalah dikumpulkan di Padang MAahsyar. Serta gambaran betapa huru-hara dan dahsyatnya keadaan di sana nanti.

Dijelaskan juga bagaiamana bentuk tubuh serta keadaan wajah-wajah manusia pada hari itu. Bersesuaian dengan amal kebaikan atau amal dosa mereka semasa hidup di dunia ini.

Dikemaskan dengan menarik menggunakan Bahasa yang sanrtai dan gambaran-gambaran yang mampu menggetarkan kalbu. Amat sesuai buku ini dibaca oleh setiap muslim yang ingin mempersiapkan diri menghadapi hari itu dengan selamat. Sehingga akhirnya mampu meraih syafaat daripada Nabi s.a.w bagi mereka yang istiqamah menjalankan syariat islam dengan benar.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 8.5" x 12”
ISBN: 9789670267906
Jumlah Muka Surat: 212
Berat (Kg): 0.25
===========================


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

101 Rahsia Penulis Bestseller (TRUEWEALTH)

Buku ini menekankan beberapa aspek untuk menjadi penulis BESTSELLER hebat. Bagaimana untuk menghasilkan penulisan yang baik?

Apakah persediaan yang perlu diketahui sebelum, semasa dan selepas penghasilan buku? Bagaimana memantapkan diri untuk menjadi seorang penulis hebat?

Mengenai Penulis

Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dari Universiti Malaya. Meminati bidang penulisan sejak berada di bangku sekolah rendah lagi, beliau mula berjinak-jinak dengan penulisan cerpen dan sajak di awal pembabitannya.

Penerbitan buku pertama beliau, Mudahnya Menulis Buku memberi fasa baru dalam hidupnya. Buku kedua beliau bertajuk Sehari di A&E.

Beliau kini ingin menjadi penulis buku-buku tentang penulisan, perubatan, motivasi, pendidikan dan buku-buku fiksyen yang akan memberi manfaat kepada pembaca dan meningkatkan kualiti hidup pembaca.

===============
Penulis : Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin
ISBN : 978-967-416-071-5
Muka Surat : 228
Berat (kg) : 0.27
===============



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes