Halaman

Bidadari Bumi: 9 Kisah Wanita Solehah

‘Ustazah, aku harap Ustazah berkenan menjadi saksi untuk ibuku.’ Aku mendengarnya dengan lebih serius.

‘Saksi untuk apa, wahai anak?’
‘Selama ibuku hidup, beliau tidak memiliki apapun kecuali 2 helai baju. Satu dipakai sementara yang satu lagi dicuci.

Beliau juga hanya memiliki 2 helai tudung, telekung sembahyang, sepasang sandal, sebuah sikat, cermin, piring, al-Quran, tasbih dan sejadah.

Beliau tidak memegang satu sen pun wang, tidak memiliki perhiasan, rumah, barang atau perabot apa pun.

Semasa tua, beliau tinggal dengan abang sulungku. Apabila ada yang memberinya wang, maka pada hari itu juga wang tersebut disedekahkan. Dan ketika beberapa hari yang lalu seseorang memberinya hadiah selembar kain, beliau berkata:

[Jika umurku sampai Ramadhan nanti, jahitkan kain ini untuk pakaian solatku sebagai mengganti telekung yang lama. Namun jika tidak, tolong berikan kepada orang yang lebih memerlukannya sebelum kalian meletakkan jenazahku ke dalam kain kafan.]’”

Anak remaja di hadapanku menunduk. Dia menyembunyikan air matanya yang perlahan-lahan menitis sebelum akhirnya kemudian berkata:

“Ustazah...” panggilnya lirih.

“Ibuku meninggal dunia tiga hari yang lalu. Aku harap Ustazah sudi menjadi saksi bahawa beliau telah berhasil menjalani kehidupan seperti yang diinginkannya...

===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.75" x 6.75”
ISBN-13: 978-967-0326-54-2
Jumlah Muka Surat: 148
Berat (Kg): 0.14
===========================



1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#BorongBukuOnline
#NakBisnes