Halaman

Bila Kau Kata Cinta

“Sweetheart, I miss you so much. Where have you been?” Siti Sara, si pramugari jelita menyangka, panggilan sweetheart yang diterimanya daripada Idzham merupakan petanda bahawa jejaka itu ada hati padanya.

Namun, saat Iftitah diperkenalkan sebagai bakal isteri Idzham, Siti Sara bingung. Luluh hatinya tika melihat cinta pertamanya menjadi milik insan lain.

Lantaran itu, pabila pinangan yang tidak disangka datang menerpa, dia hanya pasrah dan menerima; dengan harapan nama Idzham dapat dilupuskan dari ingatan.

Akhirnya tanpa dia sedar, dia sudah menerima lamaran seorang duda merangkap penumpang yang pernah memalukan dirinya di kabin!

“Agaknya selain daripada waktu kerja awak yang berembun, waktu sosial awak juga tak kurang hebatnya. Tengah malam macam ni pun, masih lagi berpelesiran. Itu sebab awak ni selalu cuai, macam orang mabuk.” – Khalif Imran

“Excuse me! Siapa awak untuk judge saya? Awak tak ada kena-mengena dengan hal saya!” – Siti Sara Bagi Khalif Imran pula… Pinangan itu bukanlah ikhlas daripada jiwanya, malah tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menduakan cinta arwah Zulaikha. Pinangan itu sekadar syarat untuk menebus kesalahan yang pernah dilakukan terhadap mama dan papanya. Dia nekad, tiada cinta terhebat selain cintanya bersama Zulaikha.

“Awak cantik dan cukup sempurna. Tidak sukar untuk buat saya jatuh cinta. Tetapi saya takkan mengkhianati pengorbanan arwah Zulaikha. Buat masa ini saya boleh menerima awak… tapi saya tak mampu untuk berikan cinta.” – Khalif Imran

Hinggalah akhirnya dia mula merasa getar yang aneh tika bersama Siti Sara. Cuma, apa yang melukakan hati Siti Sara adalah apabila kata-kata cinta yang diucapkan kepadanya disulami dengan nama wanita lain.

Miss you so much! I love you, Ika.” – Khalif Imran
“Saya Siti Sara, bukan Ika!” – Siti Sara

Hati isteri mana yang tidak terhiris? Dapatkah Khalif Imran fahami kehendak hatinya sendiri? Siapa kini dalam hatinya? Bunga cinta lama yang pernah mekar atau kuntum cinta baru yang tidak kurang indahnya?



dKedai Buku


+++++++++++++++++++
dKedai Buku
http://dkedaibuku.com