Halaman

Cerita Dari Syurga terbitan PTS.

Assalamualaikum para dropshipper yang murah rezeki. Hari ini saya baru selesai menulis cerita sesuai dengan tema buku Cerita Dari Syurga terbitan PTS.
Tuan dan Cik Puan boleh copy-paste cerita di bawah dan sebarkan dalam status Facebook, Whatssap, Group dan mana-mana saluran jualan buku ini . Up-kan bersama foto buku.
Buku ini ada dalam stok affiliate PTS. Selamat berusaha kepada yang mencari rezeki. Man jadda, wa jadda.
---
Kecil tetapi panjang damai hati."
Kenderaan yang sudah seusia dengan anak mereka berumur tujuh tahun mula memasuki lebuhraya.
Cuti panjang juga sama 'memanjangkan' tempoh perjalanan mereka. Kenderaan bergerak perlahan-lahan di atas lebuhraya.
Mahu mengelak rasa mengantuk, si suami mengajak isterinya bersembang.
Dari gosip artis, isu politik dan kemudian menyentuh hal keluarga.
Lalu isteri pun bertanya kepada suami, "Apakah kekesalan yang panjang dalam sebuah keluarga?"
Suaminya menarik nafas dalam-dalam. Dihembus dari mulut sehingga terdengar jelas mengatasi bunyi radio yang sedang memutarkan lagu-lagu popular.
Jawab suami, "Kesesalan yang ditanggung kerana kecil-kecil sekarang yang dibawa nanti-nanti."
Kerut dahi isteri mendengarnya.
"Apa maksud abang?"
"Seorang rakan abang tersenyum dalam sedih apabila ibunya meninggal dunia. Kami fikir kegilaan apakah sehingga boleh tersenyum melihat ibu yang sudah berbaring tanpa nafas."
Hairan dengan sangkaan, sehinggalah dia berkata, "Kau tahu aku anak lelaki yang jauh dari ibunya. Menunggu cuti baru pulang bertemu. Aku tulis nota dan tampalkan di peti sejuk ingatan setiap Isnin dan Jumaat hubungi ibu dan bersembang. Lima tahun begitu rutin aku sehingga ibu pergi.
" Kenapa engkau buat begitu?" tanya abang kepada rakan.
"Tidak ada jaminan cuti panjang itu akan menunggu kami berdua. Sebagai anak, beban hati kita akan timbul apabila mereka pergi dan kita tidak 'melebihkan masa' untuk ibu-bapa. Maka aku buat rutin itu. Jika kerja di pejabat kita ada jadual mengapa tidak buat perkara yang sama untuk mencipta waktu sembang yang berharga?"
Mudahnya begini.
"Pemergian seseorang boleh jadi beban dalam hati apabila perbuatan kecil-kecil yang dibawa 'nanti-nanti'. Sehingga kita tua terbawa-bawa beban hati nanti. Cipta rutin kecil-kecil sekarang."
Si isteri diam mencatat sesuatu dalam telefon.
Reminder automatik dalam telefon diaktifkan pada hari-hari yang sama bagi mencipta rutin kecil-kecil itu.
p/s Mahu cerita-cerita melentur hati seperti ini menjadi teman akrab diri? Saya ada stok buku Cerita Dari Syurga terbitan PTS. Klik di sini https://t.co/44gxOHe3FT





1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com