Halaman

Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah

Nabi Muhammad terbukti adalah manusia terbesar sepanjang sejarah. Tidak ada pemimpin spiritual
lain yang mampu memberikan pengaruh sebesar pengaruhnya yang merangkumi semua bidang. Nabi juga menghasilkan para sahabat yang juga berjaya dalam banyak bidang, menghasilkan generasi-generasi pembaharu termasuk para ilmuwan, sasterawan, ahli falsafah dan pemimpin yang handal serta menghasilkan pelbagai hukum dan peraturan yang mengatur kehidupan manusia menjadi lebih baik

Kata Pengantar  
Nabi Muhammad: The Greatest  
Prakata  
Prolog  
Nabi Muhammad yang Tidak Habis-habis Dikagumi  

Bab 1
Nabi Muhammad Sebagai Seorang Usahawan  
Pengajaran daripada Menjadi Seorang Penggembala  
Pengajaran daripada Kegetiran Hidup  
Jejak Keusahawanan Nabi Muhammad  
Inti Pati Ajaran Rasul  
Karier Sebagai Pedagang  
Inti Pati Ajaran Rasul  

Bab 2
Bagaimana Nabi Muhammad Membina Keusahawanannya  
Tahap Keusahawanan Nabi Muhammad  
Inti Pati Ajaran Rasul  
Model dan Prinsip Keusahawanan Nabi Muhammad  
Inti Pati Ajaran Rasul  

Bab 3
Cara Nabi Muhammad Membina Kredibiliti dan Kebolehan  
Mengutamakan Akhlak  
Mengutamakan Pembelajaran  
Mengutamakan Orang Lain  
Mengutamakan Silaturahim  
Inti Pati Ajaran Rasul  
Karakter Unggul FAST  
Orang yang Cerdas  
Inti Pati Ajaran Rasul  
Orang yang Dipercayai  
Orang yang Benar dan Jujur  
Inti Pati Ajaran Rasul  
Orang yang Komunikatif  

Bab 4
Nabi Muhammad Sebagai Usahawan yang Berdedikasi  
Inspirasi Menjadi Kaya  
Dorongan Umat Islam Memperjuangkan
Kekayaan  
Meluruskan Hakikat Sabar, Qanaah,
Tawakal dan Zuhud  
Daripada Kemahiran Perniagaan kepada
Undang-undang Perniagaan  
Bertumbuhnya Ekonomi Syariah  
Perbankan Syariah  
Insurans  
Pembiayaan dan Penggadaian  
Peruncitan dan Perhotelan Syariah  
Nasihat-nasihat Nabi Muhammad
dalam Berniaga  
Persaudaraan Islam  
Keutamaan Usahawan  
Tidak Mengecewakan Orang Lain  
Menimbang dengan Benar  
Memudahkan dan Tidak Menyusahkan  
Mengelak Permusuhan  
Mengelak Kesombongan  
Melarang Berniaga Barang Haram  
Melarang Menjual Barang yang Tidak Ada  
Melarang Bersumpah bagi Meyakinkan Pembeli  
Melarang Berbohong atau al-Ghisy dan Berkhianat  
Melarang Memakan Riba  
Produk-produk Bank Syariah  

Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3603-53-4
ISBN-10: 983-3603-53-X
Tarikh Terbit: 6 Oct 2008
Jumlah Muka Surat : 152

Epilog: Nabi Muhammad Usahawan Berjaya  

Bibliografi
Sama ada kita sedar ataupun tidak, orang Islam sering terlupa, Nabi Muhammad adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Ini kerana kita sering menyempitkan pandangan kita pada beliau. Kita hanya melihat Nabi Muhammad sebagai pemimpin agama semata-mata. Kita juga lebih banyak mengetahui kisah hidupnya selepas beliau diangkat menjadi rasul. Padahal, contoh-contoh pada dirinya yang perlu kita ikuti wujud sejak beliau kanak-kanak, remaja dan sehingga dewasa. Sebelum diangkat menjadi rasul, nabi menunjukkan peribadi yang menandakan beliau bakal menjadi manusia terpenting dalam sejarah dunia.

Di dalam bukunya yang bertajuk, Muhammad SAW: The Super Leader Super Manager, Muhammad Syafi’i Antonio memaparkan ciri-ciri kehandalan Nabi Muhammad dalam lapan bidang. Bidang-bidang itu adalah pembangunan diri, perniagaan, kekeluargaan, dakwah, sosial dan politik, pendidikan, undang-undang dan ketenteraan. Kelapan-lapan ciri ini berasal daripada satu sumber iaitu ajaran Islam.

Dengan demikian, kita perlu menyelami pelbagai aspek kehidupan Nabi Muhammad dan bukan membatasi pada aspek spiritual sahaja. Aspek spiritual adalah roh kepada keseluruhan aspek kehidupan yang membawa manusia mencapai kejayaan.





1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

++++++++++++++++++++++++
#BorongBukuOnline
#NakBisnes