Halaman

Rasulullah Is My Doctor

Sesungguhnya thibbun nabawi (pengubatan cara Nabi) adalah rawatan bagi mengubat dan mencegah penyakit yang sudah terbukti keberkesanannya.

Rasulullah s.a.w. berpesan dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, "Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, kecuali Dia juga menurunkan ubatnya."

Ilmu perubatan Rasulullah s.a.w. adalah satu cara pencegahan dan penyembuhan penyakit secara praktikal sejajar dengan amalan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sahaja memberi resepi perubatan secara spiritual, malah fizikal juga. Justeru itu, ilmu perubatan ini masih relevan bagi masyarakat moden, memandangkan tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan ilmu perubatan sains moden.

Buku ini sungguh luar biasa. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, kaedah ini digunakan bagi mengubat beberapa penyakit yang dialami dan berjaya disembuhkan. Semoga perkongsian ini dapat menjadi pengajaran dan inspirasi kepada pengamal medik dan masyarakat awam khususnya umat Islam.  Ini membuktikan apa yang tertulis dalam Al-Quran dan hadith adalah benar dan sempurna.


bahagian 1: Kedoktoran Rasulullah s.a.w

Bab 1: Menyedari dan Mempercayai
Bab 2: Doa, Ubat yang Diperlukan
Bab 3: Habbatussauda (Biji Jintan Hitam)
Bab 4: Bekam

Bahagian 2: Manfaat Ramuan Semula Jadi

Bab 5: Tajamkan Pandangan Mata
Bab 6: Ramuan dari Pasar

Bahagian 3: Ancaman Terhadap Kesihatan Manusia

Bab 7: Kakacauan Perubatan
Bab 8: Kebenaran yang Menakutkan Mengenai Vaksin

****************************************************************************

Review



Maha suci Allah yang berkuasa menciptakan segala sesuatu. Dialah yang menciptakan segala jenis penyakit untuk menguji keimanan hamba-Nya, dan Allah jualah yang berkuasa menyembuhkan segala jenis penyakit dengan kesembuhan yang tiada lagi kesakitan selepasnya. Justeru, segala penyakit di dunia ini ada ubatnya, kecuali kematian. Allah menciptakan ubat dan menerangkan cara menyembuhkan penyakit melalui lisan kekasih-Nya, Rasulullah s.a.w.

Sebagai contoh, Rasulullah mengajarkan kita manfaat penyembuhan yang luar biasa daripada madu. Perkara ini tercatat di dalam Al-Quran dan kebenaran faktanya telah terbukti dengan kajian sains.
Allah menciptakan lebah dan memberikan lebah pengetahuan menghasilkan madu. Kemudian, Allah mewahyukan perkara ini kepada Rasulullah, dan Rasulullah mengajarkan kita cara perubatan menggunakan madu. Keberkesanan rawatan menggunakan madu ini telah terbukti sejak zaman-berzaman dan diakui oleh pakar-pakar perubatan sedunia.

Kehebatan dan keagungan perubatan Islam melalui lisan Rasulullah s.a.w. adalah sebuah fakta yang begitu ilmiah, benar, dan tiada keraguan padanya. Doktor yang terbaik untuk umat manusia adalah Rasulullah yang mendapat tauliah perubatan, iaitu bimbingan wahyu secara langsung daripada Tuhan yang menciptakan dan menyembuhkan segala penyakit. Perubatan gaya Rasulullah yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi, doa, bekam, dan sebagainya adalah jawapan kepada masalah kesihatan kita pada hari ini. Meyakini perubatan gaya Rasulullah dan kekuasaan Allah untuk menyembuhkan segala penyakit adalah satu bahagian untuk menjadi seorang Muslim yang sebenar-benarnya.



1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibu.com