Halaman

Rich Dad’s: Guide to Investing (Edisi Bahasa Melayu)

Buku ini bermanfaat kepada pembaca, sama ada pembaca mempunyai sedikit wang ataupun banyak wang bagi melabur, sama ada pembaca mempunyai pengetahuan yang sedikit ataupun pengetahuan yang banyak berkenaan pelaburan.

Buku ini adalah berkenaan satu subjek yang kompleks namun ditulis dalam bahasa yang mudah. Ia ditulis untuk sesiapa sahajayang berminat menjadi pelabur yang berilmu dan berpengetahuan tanpa mengira berapa banyak wang yang kita ada.

Pelaburan membawa makna yang berbeza kepada setiap individu. Malah, terdapat pelbagai jenis pelaburan untuk golongan kaya, miskin, dan kelas pertengahan.

Rich Dad's: Guide to Investing adalah manual jangka panjang untuk mereka yang mahu menjadi pelabur kaya dan melabur dalam pelaburan yang melibatkan golongan kaya.

Sekiranya buku ini adalah buku pertama pembaca berkenaan subjek pelaburan, dan pembaca berfikir mungkin ia sukar dan rumit untuk difahami, jangan terlalu gusar. Apa yang pembaca perlu ada adalah keinginan untuk belajar dan membaca buku ini dari muka surat awal sehingga ke muka surat terakhir dengan minda yang terbuka.

Sekiranya ada bahagian dalam buku ini yang tidak pembaca fahami, saya sarankan supaya pembaca terus membaca sehingga habis. Walaupun pembaca tidak dapat memahami kesemua isi kandungannya, tetapi pembaca akan mengetahui lebih banyak perkara berkenaan subjek pelaburan berbanding ramai orang yang sedang melabur dalam pasaran, hanya dengan membaca buku ini sehingga habis.

Malah, dengan membaca keseluruhan buku ini, pembaca akan mengetahui lebih banyak hal berkenaan pelaburan berbanding mereka yang dibayar wang bagi memberi nasihat pelaburan.

Pengantar Penterjemah
Pendahuluan
Bab 1: Pelajaran Pelaburan
Bab 2: Membina Asas Kejayaan
Bab 3: Pilihan
Bab 4: Dunia Apa yang Kita Nampak?
Bab 5: Mengapa Aktiviti Melabur Itu Mengelirukan?
Bab 6: Pelaburan adalah Satu Perancangan
Bab 7: Adakah Kita Merancang Mahu MenjadiKaya ataupun Miskin?
Bab 8: Menjadi Kaya adalah Automatik
Bab 9: Bagaimana Mencari Pelan yang Sesuai?
Bab 10: Kita Mahu Menjadi Apa ApabilaDewasa Nanti?
Bab 11: Setiap Pelan Ada Nilainya
Bab 12: Mengapa Melabur Tidak Berisiko?
Bab 13: Mahu Duduk di Bahagian Mana?
Bab 14: Peraturan Asas Pelaburan
Bab 15: Kurangkan Risiko, Celik Kewangan
Bab 16: Belajar Ilmu Kewangan Cara Mudah
Bab 17: Keajaiban Kesilapan
Bab 18: Harga bagi Menjadi Kaya
Bab 19: Teka-teki 90/10
Bab 20: Menyelesaikan Teka-teki 90/10
Bab 21: Kategori-kategori Pelabur
Bab 22: Pelabur Bertauliah (The Accredited Investor)
Bab 23: Pelabur Berkelayakan (Qualified Investor)
Bab 24: Pelabur Sofistikated (Sophisticated Investor)
Bab 25: Pelabur Dalaman (The Inside Investor)
Bab 26: Pelabur Tegar (The Ultimate Investor)
Bab 27: Bagaimana Menjadi Kaya Perlahan-lahan
7Bab 28: Terus Bekerja dan Tetap Menjadi Kaya
Bab 29: Semangat Keusahawanan
Bab 30: Mengapa Membina Bisnes?
Bab 31: Segi Tiga B-I
Bab 32: Pengurusan Aliran Tunai
Bab 33: Pengurusan Komunikasi
Bab 34: Pengurusan Sistem
Bab 35: Pengurusan Undang-undang
Bab 36: Pengurusan Produk
Bab 37: Bagaimana Pelabur Sofistikated Berfikir
Bab 38: Menganalisis Pelaburan
Bab 39: Pelabur Tegar (The Ultimate Investor)
Bab 40: Adakah Tuan Bilionair Berikutnya?
Bab 41: Mengapa Orang Kaya Menjadi Bankrap?
Bab 42: Adakah Kita Bersedia Menyumbang?

Kesimpulan
Mengenai Penulis


**********************************************************************
Review

Pada tahun 1973, Robert tidak mempunyai apa-apa, samada pekerjaan, wang dan apatah lagi aset. Robert hanya mempunyai impian iaitu pada suatu hari nanti, beliau akan menjadi kaya-raya dan menjadi pelabur yang layak melabur dalam pelaburan golongan-golongan kaya.

Buku ini menceritakan kisah beliau bermula dari tidak memiliki apa-apa, melainkan hanya sebuah impian dan berpandukan bimbingan daripada Rich Dad bagaimana menjadi pelabur jutawan.

Melalui Rich Dad’s Guide to Investing, Robert mengajarkan bagaimana untuk memulakan pelaburan, tidak kira sama ada pembaca mempunyai sedikit ataupun banyak wang bagi melabur, sama ada pembaca mempunyai pengetahuan yang banyak ataupun sedikit mengenai pelaburan.

Pelaburan adalah satu subjek yang kompleks, namun di dalam buku ini, ia ditulis dalam bahasa yang mudah. Buku ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat menjadi pelabur yang berilmu dan berpengetahuan tanpa mengira berapa banyak wang yang kita ada.

Buku ini akan membimbing anda bagaimana membuat pelaburan dengan bijak, bermula dari awal. Buku ini juga mengajar bahawa tiada apa yang mustahil jika kita menginginkan sesuatu. Apa yang penting adalah kesungguhan serta fikiran yang positif dan keyakinan bahawa kita akan dapat mencapainya.

Rich Dad’s Guide to Investing adalah manual jangka panjang untuk mereka yang mahu menjadi pelabur yang kaya dan melabur dalam pelaburan yang melibatkan golongan kaya. Buku ini ditulis oleh Robert Kiyosaki, penulis buku kewangan nombor satu sepanjang zaman, Rich Dad Poor Dad. Beliau memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melabur dengan bijak, samada ketika kita mempunyai wang yang banyak ataupun sedikit. Rich Dad’s Guide to Investing akan menyingkap rahsia kuasa ilmu pelaburan sebenar.







1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com