Halaman

Tarbiyatul Aulad Jilid 1

Tarbiyatul Aulad Jilid 1, Dr. Abdullah Nasih Ulwan menggariskan persediaan awal bagi mencorak peribadi anak bermula dari proses memilih pasangan hidup sehingga persediaan daripada aspek fizikal, mental, dan psikologi ibu bapa sebelum dan selepas kelahiran anak.

Perbincangan meliputi:
  1. Perkahwinan adalah Pemilihan Terancang
  2. Kelebihan Orang yang Bersabar atas Kematian Anak
  3. Mendenda dan Memulaukan Anak dengan Tujuan Mendidik
  4. Mendahulukan Kepentingan Islam Melebihi Kecintaan kepada Anak
  5. Hukum-Hukum Am Berkenaan Anak yang Baru Lahir
  6. Faktor Keruntuhan Akhlak Anak-Anak dan Cara Mengatasinya
  7. Prinsip Dasar Rasulullah s.a.w. dalam Menjaga Peribadi dan Akhlak

***************************************
Format: Paperback
Saiz: 6'' x 9''
ISBN-13: 978-967-366-198-5
Tarikh Terbit: 13 Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 760
Berat(kg): 1.05
***************************************
REVIEW

Mencari pasangan hidup yang terbaik, inilah permulaan untuk mendidik anak yang terbaik. Pasangan yang hidup atas dasar cinta kerana Allah akan menjadikan Islam sebagai bekal pendidikan yang terbaik buat anak mereka.

Dunia buku dan perpustakaan Islam masih kekurangan buku-buku yang membincangkan secara menyeluruh tentang pendidikan anak-anak secara khusus sejak kelahiran sehingga umur baligh. Buku Tarbiyatul Aulad ini bagaikan satu mutiara indah yang menyinari dunia pendidikan anak-anak. Hanya Allah yang maha mengetahui berapa banyak usaha dan rujukan yang dibuat oleh penulisnya, Dr. Abdullah Nasih Ulwan dalam menghasilkan buku ini.

Ia mengupas tajuk pendidikan anak bermula dari awal perkahwinan, kelahiran, peringkat mumaiyiz dan sehingga peringkat mukalaf, iaitu anak-anak dipertanggungjawabkan dengan pahala dan dosa masing-masing.

Buku ini menerangkan cara-cara yang praktikal untuk membina masyarakat yang baik dan membentuk generasi ideal. Isi penulisan dikupas rapi untuk menjelaskan kaedah terbaik mendidik anak menjadi manusia yang bermanfaat dan rela berjuang untuk Islam.

Penulis juga membincangkan perihal kecenderungan anak-anak kepada seks, cara mencegah mereka terjebak dengan kancah maksiat dan menyediakan mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan. Topik ini begitu penting dengan pelbagai cabaran moden dan gejala sosial yang menakutkan seluruh masyarakat kini.

Uniknya buku ini, penulisnya hanya memetik kata-kata penulis Islam sahaja, tanpa merujuk kepada kata-kata orang asing, melainkan jika benar-benar diperlukan. Beliau menulis buku pendidikan untuk orang Islam, berdasarkan dalil Quran, rujukan hadis, dan cara generasi umat Islam yang terbaik sejak zaman Rasulullah dan cara terkini.







FREE SHIPPING:
TIP PEMBELIAN UNTUK DAPAT PENGHANTARAN PERCUMA KLIK DISINI 

1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.





FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com