Halaman

Bukan Yang Pertama

Yasmin Zulaikha Basri, graduan Syariah universiti tempatan kembali ke kampungnya, Desa Sempadan selepas tamat pengajian di Universiti Malaya kerana gagal beroleh kerja di kota. Dia menyertai program homestay yang diusahakan di desa.

Bergelar pengusaha homestay, dia cuba untuk membangunkan ekonomi desa dengan mengambil alih perusahaan kecil makanan kudapan tradisi yang diusahakan oleh ibunya bersama Hasniah seorang ibu tunggal beranak tiga. Tidak sedikit dugaan yang dihadapinya sebagai anak muda yang bekerja di kampung sendiri.

Dia orang muda yang memikul tanggungjawab sebagai usahawan di desa sendiri, bertanggungjawab untuk menjaga ibu yang sudah tua dan harus menjadi contoh teladan yang baik kepada dua adik angkat (yang dibela ibu bapanya sejak mereka kecil, Anis dan Azlan).

Sebagai pengusaha homestay, menuntut dia memahami falsafah di sebalik tugasnya serta tuntutan syarak. Dia cuba memahami tuntutan untuk menjadi tuan rumah yang baik, belajar menjana ekonomi dengan cara sendiri dan cuba menjadi anak muda contoh yang bakal mewarisi kepimpinan desa yang semakin tandus tenaga muda.  Dia terpaksa juga berdepan dengan sikap Pak Isa (saudara sendiri) yang tidak gemar dengan penglibatannya dengan projek berkenaan.

Lumrah hidup, tidak sah jika tidak berdepan dengan pelbagai hal peribadi dan urusan kerja.
Yasmin Zulaikha berdepan kerenah Anis, remaja perempuan yang memberontak, yang digantung kolej, lalu langsung meninggalkan pengajian. Balik kampung dan mencetuskan kebimbangan pula pada keluarga di kampung dengan gelagatnya.

Dia juga harus menangani hal Jason, asalnya tetamu di homestaynya tetapi kemudian kembali semula ke desa kerana tertarik untuk memeluk Islam.

Dia juga berdepan kemelut cinta, apabila dilamar Ustaz Mustakim, duda beranak tiga yang dalam diam juga dicintai oleh rakan perniagaannya, Hasniah.

Dugaan menimpa apabila Azlan mati lemas ketika bercuti di kampung. Jason yang memeluk Islam dipaksa oleh bapanya supaya balik ke Kuala Lumpur, atau jika tidak, keluarga Yasmin Zulaikha akan didakwa atas dakwaan mempengaruhi anaknya memeluk Islam.

Dalam konflik rusuh, resah dan kecewa, ada keakraban tercipta antara Yasmin Zulaikha dengan Umar Khalil, kenalan ketika di kampus yang bertugas sebagai wartawan yang banyak membantu mempromosikan program homestay mereka. Tetapi persahabatan itu pula, rupa-rupanya jadi pencetus api fitnah.

Yasmin Zulaikha, wanita muda yang digambarkan bersemangat waja, berani menongkah arus, tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa sama berusaha sedaya upaya untuk terus tekal istiqamah di landasan syarak.

Saiz: 4.5'' x 7.5''
ISBN-13: 978-983-3603-63-3
ISBN-10: 983-3603-63-7
Tarikh Terbit: 13 Aug 2014
Jumlah Muka Surat : 800
Berat (KG):  0.63




1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

++++++++++++++++++++++++
#BorongBukuOnline
#NakBisnes