Halaman

Nadratul Nisa ( Karya Seni)

HARISA - Dia berhenti belajar atas sebab-sebab tertentu. Bukan sebab dia bodoh, tetapi disebabkan
krisis wang yang sedang dihadapinya. Emaknya cuba melarang Harisa daripada berhenti belajar, namun Harisa berkeras. Harisa mahu menolong emaknya dengan membalas kembali jasa yang ditabur oleh wanita yang sudi mengambil dirinya sebagai anak angkat.

RIFKI ADZHARI - Dia lelaki kaya. Siapa yang tak kenal lelaki buaya darat seperti dia? Petik jari saja, bukan sepuluh yang datang, malah menimbun-nimbun yang datang. Dengan menggunakan wajahnya yang tampan, dia mampu mencairkan hati perempuan di mana-mana saja.

Tidak diduga, ayah Rifki Adzhari dalam diam cuba menjodohkan dia dengan Harisa, anak seorang wanita yang pernah ditolongnya. Demi membalas jasa ayah Rifki Adzhari, emak Harisa terpaksa bersetuju. Namun, mummy Rifki Adzhari pula tidak menyukai Harisa!

“Argh! Kenapalah aku kena masuk ke dalam keluarga yang aku tak pernah langsung tahu kewujudan dia?” - Harisa

“Daddy! What does all this mean? Why must I marry to this stupid woman?” - Rifki Adzhari

Kemunculan abang Rifki Adzhari iaitu Razeeq Adzhari yang baru saja pulang dari UK membuatkan hati Rifki Adzhari kacau-bilau. Kerana abangnya itu cuba memikat hati isterinya! Rifki Adzhari keliru. Kenapa pula dia harus cemburu? Dia sudah jatuh cinta kepada isterinyakah?

“Kenapa mesti isteri aku yang kena? Apa? Kau ingat tak ada perempuan lain lagi ke kat dunia ni? Dia tu... selama-lamanya milik aku!” - Rifki Adzhari

“Aku tak peduli! Kalau kau tak nak dia, this is my chance. Aku nak pikat dia, selagi aku masih mampu!” - Razeeq Adzhari

Rifki Adzhari dalam dilema. Apakah yang patut dilakukannya? Dia jadi bingung! Tak mungkin dia hanya melihat saja isterinya diambil oleh abangnya sendiri! Apakah tindakan Rifki Adzhari seterusnya? Mahukah Harisa menerima suaminya kembali sedangkan dia tahu lelaki itu tidak mencintainya langsung? Dan Razif, kewujudannya bagai bala, tapi adakah hikmahnya?





1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

++++++++++++++++++++++++
#BorongBukuOnline
#NakBisnes