Cerita Dari Syurga terbitan PTS.

Assalamualaikum para dropshipper yang murah rezeki. Hari ini saya baru selesai menulis cerita sesuai dengan tema buku Cerita Dari Syurga terbitan PTS.
Tuan dan Cik Puan boleh copy-paste cerita di bawah dan sebarkan dalam status Facebook, Whatssap, Group dan mana-mana saluran jualan buku ini . Up-kan bersama foto buku.
Buku ini ada dalam stok affiliate PTS. Selamat berusaha kepada yang mencari rezeki. Man jadda, wa jadda.
---
Kecil tetapi panjang damai hati."
Kenderaan yang sudah seusia dengan anak mereka berumur tujuh tahun mula memasuki lebuhraya.
Cuti panjang juga sama 'memanjangkan' tempoh perjalanan mereka. Kenderaan bergerak perlahan-lahan di atas lebuhraya.
Mahu mengelak rasa mengantuk, si suami mengajak isterinya bersembang.
Dari gosip artis, isu politik dan kemudian menyentuh hal keluarga.
Lalu isteri pun bertanya kepada suami, "Apakah kekesalan yang panjang dalam sebuah keluarga?"
Suaminya menarik nafas dalam-dalam. Dihembus dari mulut sehingga terdengar jelas mengatasi bunyi radio yang sedang memutarkan lagu-lagu popular.
Jawab suami, "Kesesalan yang ditanggung kerana kecil-kecil sekarang yang dibawa nanti-nanti."
Kerut dahi isteri mendengarnya.
"Apa maksud abang?"
"Seorang rakan abang tersenyum dalam sedih apabila ibunya meninggal dunia. Kami fikir kegilaan apakah sehingga boleh tersenyum melihat ibu yang sudah berbaring tanpa nafas."
Hairan dengan sangkaan, sehinggalah dia berkata, "Kau tahu aku anak lelaki yang jauh dari ibunya. Menunggu cuti baru pulang bertemu. Aku tulis nota dan tampalkan di peti sejuk ingatan setiap Isnin dan Jumaat hubungi ibu dan bersembang. Lima tahun begitu rutin aku sehingga ibu pergi.
" Kenapa engkau buat begitu?" tanya abang kepada rakan.
"Tidak ada jaminan cuti panjang itu akan menunggu kami berdua. Sebagai anak, beban hati kita akan timbul apabila mereka pergi dan kita tidak 'melebihkan masa' untuk ibu-bapa. Maka aku buat rutin itu. Jika kerja di pejabat kita ada jadual mengapa tidak buat perkara yang sama untuk mencipta waktu sembang yang berharga?"
Mudahnya begini.
"Pemergian seseorang boleh jadi beban dalam hati apabila perbuatan kecil-kecil yang dibawa 'nanti-nanti'. Sehingga kita tua terbawa-bawa beban hati nanti. Cipta rutin kecil-kecil sekarang."
Si isteri diam mencatat sesuatu dalam telefon.
Reminder automatik dalam telefon diaktifkan pada hari-hari yang sama bagi mencipta rutin kecil-kecil itu.
p/s Mahu cerita-cerita melentur hati seperti ini menjadi teman akrab diri? Saya ada stok buku Cerita Dari Syurga terbitan PTS. Klik di sini https://t.co/44gxOHe3FT





1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com

Jejak Ibnu Battuta

Ibnu Battuta terkenal sebagai seorang pengembara Muslim abad ke-14. Kisah perjalanan Ibnu Battuta yang begitu mengujakan dan luar biasa ini, membuatkan dunia Barat memberikan jolokan 'Marco Polo Dunia Muslim' kepada Ibnu Battuta. Ross E.

Dunn mengupas jejak perjalanan Ibnu Battuta yang merentas hampir 30 tahun ke daerah-daerah yang sama luasnya dengan 44 negara zaman moden kini.

Penulis menterjemahkan dalam konteks sosial dan budaya masyarakat Islam, dan dimensi interaksi manusia di Timur dan pada Zaman Pertengahan.

Buku yang ditulis oleh profesor sejarah dari San Diego State University ini bukan sekadar memberikan keterangan yang relevan bagi memahami kisah perjalanan Ibnu Battuta, namun juga menempatkan Ibnu battuta dalam konteks sejarahnya.

Dengan menggunakan pendekatan kritis berdasarkan pengalaman pengembaraan Ibnu Battuta, kajian ini merupakan pengenalan bagi mendalami seluruh dunia Islam pada abad ke-14.

"Buku hasil karya Ross E. Dunn ini penting kerana buku beliau mengupas kisah Ibnu Battuta secara mendalam dan menarik. Buku ini tidak seperti karya tiga jilid Gibb yang hanya menjadikan kisah Ibnu Battuta sebagai sumber rujukan. Dengan pendekatan ini, Dunn mengulas beberapa hal penting kepada para pembaca." -Taufik Abdullah, Pakar Sejarah, Ph.D., Uni9versiti Cornell, Ithaca, Amerika Syarikat.





1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com

Berahi Sukma

Keikhlasan seorang pendidik, Ustaz Alim teruji lewat usahanya melangsungkan cita-cita
membumikan pendidikan agama untuk bangsanya. Dengan kepercayaan bahawa dengan pendidikan ini, akan menjadi penawar kepada segenap masalah yang berlaku.

Qayyim seorang penuntut ilmu di madrasah yang diberikan petunjuk, mulai menekuni medan ilmu malah menemui sesuatu yang penting buat masa depannya. Justeru, dia bangkit daripada rasa "kehilangan" kepada jalan yang lebih membahagiakan.

Amen seorang pemuda, pencari ketenangan diri dan makna kewujudan. Bagai dibungkus rasa kesepian, dari arah yang selesa dia mencari ketenangan yang sebenarnya, yang menuntun diri kepada arah yang berbeza daripada apa yang diharapkan ayahnya.

Berahi Sukma, menuturkan realiti yang dikepung antara keinginan dan maksud kewujudan insan. Masing-masing berusaha menyelami kecenderungan, membenihi mimpi dan kenyataan dalam mencari kebahagian di dunia yang fana ini. Segalanya kembali kepada agama, berakar kepada pengabadian yang satu..







1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com

Rahsia Surah Al - Fatihah

Surah Al-Fatihah adalah pembukaan surah yang diturunkan di Makkah, diturunkan selepas Surah Al- Muddathir.

Surah ini mempunyai 7 ayat, dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah, termasuk dalam golongan surah Makkiyah.

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran atau Ummul Kitaab kerana ia merupakan ibu atau induk pada semua isi Al-Quran dan menjadi intisari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.25”
ISBN-13: 9789670482576
Jumlah Muka Surat: 236
Berat (Kg): 0.26
===========================







1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com

Awaken the Giant Within (Edisi Bahasa Melayu)

Kisah Anthony Robbins : Dari pencuci tandas kepada jutawan.

Anthony Robbins, permulaannya dia bukan siapa-siapa. Tiada siapa yang mengendahkan kewujudan beliau. Beliau bukan sahaja miskin, hidup dalam keluarga penuh masalah, malah hanya bekerja sebagai pencuci tandas.

Kini beliau bukan sahaja pelatih dan motivator berjaya didunia, malah menerima bayaran tidak kurang $1 juta dollar untuk sesi motivasi bersama beliau.

Titik terendah hidup beliau, beliau terpaksa menggunakan lilin untuk menerangi rumahnya kerana tidak mampu untuk membayar bil elektrik. Beliau terpaksa hidup bersama tiga orang ayah kerana ibunya kawin dan cerai berkali-kali. Tidak tahan dengan keadaan tersebut, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan bekerja sebagai pencuci tandas dengan pendapatan hanya $50 dollar seminggu. Oleh kerana ketiadaan tempat tinggal, beliau membuat keputusan untuk menjadikan satu ruang dalam tandas tersebut sebagai tempat tinggalnya.

Pada suatu ketika, tandas yang dijaganya mengalami kemerosotan kehadiran pelanggan. Apabila diselidik, didapati kemerosotan tersebut disebabkan oleh ramai gelandangan dan pengemis yang mendiami kawasan hadapan tandas tersebut. Pemilik tandas meminta Anthony Robbins untuk menghalau gelandangan dan pengemis yang mendekati tandas yang dijaganya. Dengan berat hati, beliau terpaksa mengikut arahan pemilik tandas tempat dia bekerja.

Kesusahan hidup beliau menyebabkan beliau tidak sampai hati untuk menghalau gelandangan dan pengemis tersebut dengan cara kekerasan. Beliau menggunakan cara lembut dengan menasihati mereka dan memberikan motivasi dengan harapan supaya gelandangan dan pengemis tadi terdetik untuk mengubah hidup mereka.

Selang beberapa tahun, ketika Anthony Robbins sedang berjalan-jalan,beliau ditegur oleh seseorang yang tidak dikenali. Tidak disangka-sangka rupa-rupanya orang yang menegurnya merupakan bekas gelandangan yang pernah dinasihati oleh Anthony Robbins. Kini bekas gelandangan tersebut telah berjaya dalam hidup dan merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat. Semuanya bermula dari nasihat yang diberikan oleh Anthony Robbins. Bekas gelandangan tersebut merasa bahawa Anthony Robbins memiliki bakat luar biasa dalam memotivasikan orang lain.

Anthony Robbins diajak untuk mengikuti acara seminar yang diadakan oleh Jim Rohn. Namun yuran seminar tersebut berharga $10000 dollar dan Anthony Robbins tidak mampu. Beliau kemudiannya berjaya meyakin seorang nenek kaya yang tinggal berdekatan untuk meminjamkan wang tersebut untuk memboleh beliau menyertai seminar Jim Rohn.
Disitu adalah titik kejayaan beliau. Beliau belajar dan bekerja untuk Jim Rohn dari usia 18 hingga 22 tahun. Kemudian dia mendalami pelbagai ilmu sehingga akhirnya berjaya seperti sekarang.

Awaken The Giant Within merupakan antara buku tulisan beliau yang mengangkat nama Anthony Robbins dipersada dunia. Agaknya apa rahsia yang terpendam dalam buku setebal 708 mukasurat ini? Beli & baca lanjut dalam buku ini.








1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com

Bongkar Seni Memikat Pelanggan [Jootawan]

Teknik dalam buku ini bukan teori semata-mata, tetapi praktikal yang terbukti berkesan untuk
memikat pelanggan dan meningkatkan untung jualan.

Dalam buku ini, anda akan pelajari:
- Strategi menjual yang berkesan
- Cara memikat pelanggan menggunakan mata

SHAH OTHMAN adalah usahawan, trainer & penulis yang menjadikan bidang keusahawanan sebagai sumber utama rezeki bagi menyara keluarga beliau.

- Cara memikat pelanggan dengan strategi iklan yang efektif
- Kesilapan yang sering dibuat semasa memikat pelanggan

======================
ISBN : 978-967-11866-4-0
MKS : 172
PENULIS : SHAH OTHMAN
======================



1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com

Unfair Advantage Edisi Bahasa Melayu

Ilmu kewangan yang tidak akan di ajar di sekolah

Harga sebuah ilmu begitu mahal sehinggakan ilmu itu langsung tidak diajar di mana­mana. Begitu jugalah halnya dengan Ilmu Kewangan.

Menerusi buku Unfair Advantage ini, Kiyosaki
mencabar kita semua supaya berhenti menerima kenyataan bahawa kita ditakdirkan untuk
berhempas pulas demi mendapatkan wang dan jaminan hidup.

Ilmu kewangan sebenar adalah jalan untuk membina kehidupan yang didamkan. Robert
mendorong supaya kita semua dapat mengubah satu perkara yang berada dalam kawalan
kita iaitu, diri sendiri.

Buku ini adalah berkenaan kuasa ilmu kewangan sebenar dan lima kelebihan licik yang ditawarkan
oleh ilmu ini:

  • Kelebihan Licik Pertama: Ilmu Pengetahuan
  • Kelebihan Licik Kedua: Cukai
  • Kelebihan Licik Ketiga: Hutang
  • Kelebihan Licik Keempat: Risiko
  • Kelebihan Licik Kelima: Pampasan

Dalam gaya Rich Dad, Unfair Advantage mencabar pembaca supaya menghargai dan merasai
sendiri kelebihan licik sebenar, iaitu Ilmu kewangan.

Mesej Oleh Robert Kiyosaki

  1. Pengenalan
  2. Kelebihan Licik Pertama: Ilmu Pengetahuan
  3. Kelebihan Licik Kedua: Cukai
  4. Kelebihan Licik Ketiga: Hutang
  5. Kelebihan Licik Keempat: Risiko
  6. Kelebihan Licik Kelima: Ganjaran
  7. Kesimpulan- Rahsia Kapitalisme
  8. Penutup
  9. Bahagian Khas
  10. Masa Sudah Berubah
  11. Bahagian Khas
  12. Lima Tahap Pelabur
  13. Soalan Bonus
  14. Pesanan Terakhir Berkenaan Pendidikan
  15. Biodata Penulis

***********************************************************

REVIEW

Robert Kiyosaki terkenal sebagai penulis buku kewangan nombor satu sepanjang zaman, Rich Dad Poor Dad. Menerusi buku tulisannya yang terbaru ini, beliau mencabar dan mengubah pandangan puluhan juta orang di seluruh dunia berkaitan wang. “Unfair Advantage” akan menyingkap rahsia kuasa ilmu kewangan sebenar dan lima kelebihan licik yang ditawarkan oleh ilmu ini.

Menerusi buku Unfair Advantage ini, Kiyosaki mencabar kita semua supaya berhenti menerima kenyataan bahawa kita ditakdirkan untuk berhempas pulas demi mendapatkan wang dan jaminan hidup. Ilmu kewangan sebenar adalah jalan untuk membina kehidupan yang didamkan. Robert mendorong supaya kita semua dapat mengubah satu perkara yang berada dalam kawalan kita iaitu, diri sendiri.

Pemburu menjerat monyet dengan mengumpannya ke lubang yang diletakkan kacang dan buah-buahan. Genggaman tangan monyet yang dipenuhi dengan buah dan kacang, tidak dapat ditarik keluar dari lubang itu, dan memerangkapnya. Tetapi monyet tetap enggan melepaskan umpan yang digenggamnya. Tidak lama kemudian, pemburu tiba dan menangkap monyet tersebut.

Manusia dapat diibaratkan seperti monyet tadi. Mungkin manusia tidak berpaut pada buah-buahan atau kacang, tetapi manusia berpaut pada jaminan pekerjaan, pemilikan, dan wang. Disebabkan tiada pendidikan kewangan, kebanyakan orang menghabiskan sepanjang hidup mereka sebagai hamba gaji kepada majikan dan hamba cukai kepada kerajaan.

Unfair Advantage mencabar pembaca supaya menghargai dan merasai sendiri kelebihan licik sebenar, iaitu ilmu kewangan. Tanpa pendidikan kewangan, kebanyakan orang tidak dapat meneruskan kehidupan.






1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com