Atlas Rasulullah S.A.W - Hard Cover (100% Berwarna)

Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. bagi menyampaikan
seruan dakwah kepada umat manusia. Ketika membawa panji kebenaran, pelbagai dugaan dan pancaroba dihadapi Baginda Nabi dan para sahabat.

Sirah perjalanan agung Rasulullah s.a.w. dicatatkan secara terperinci dalam buku Atlas Rasulullah s.a.w. ini bagi memberi pengajaran dan pedoman kepada para pembaca.

Lembaran kisah perjalanan hidup insan agung ini memuatkan:

  • Sejarah Kelahiran sehingga Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
  • Peta Perjalanan Dagang Nabi Muhammad s.a.w. ke Bushra sebelum Nabi Diangkat Menjadi Rasul
  • Sejarah Nabi Diutus Menjadi Rasul sehingga Peristiwa Hijrah
  • Amalan Keagamaan Pada Zaman Jahiliah
  • Sejarah Pembangunan Kaabah, Masjidil Haram, dan Masjidin Nabawi
  • Bandar-Bandar yang Menjadi Pusat Peradaban Pada Zaman Rasulullah s.a.w.
  • Bukti Ilmiah Makkah Berada di Pusat Bumi
  • Peta Perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan Kaum Muslimin
  • Peperangan yang Dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. dan Beberapa Ekspedisi Perang yang Lain
  • Piagam Madinah yang Tersohor
  • Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat Menggali Parit semasa Perang Khandaq
  • Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. Mampu Memimpin Lebih daripada 100,000 Kaum Muslimin bagi Melaksanakan Ibadah Haji yang Pertama dalam Sejarah Islam
  • Strategi Perang Nabi Muhammad s.a.w. dan Para Sahabat
  • Rasulullah s.a.w. Mengajarkan Ayat-Ayat Al-Quran kepada Jin Nasibin
  • Strategi Formasi 313 Pasukan Badar dapat Mengalahkan Hampir 1000 Kaum Quraisy

ISBN-13: 978-967-366-234-0
Tarikh Terbit: 7 Feb 2014
Jumlah Muka Surat : 440
Saiz: 8" x 9"
Berat (kg): 1.40

************************************************************************

Review

Setiap helaian demi helaian dalam buku Atlas Rasulullah S.A.W membawa pembaca menelusuri perjalanan sirah Baginda secara lebih dekat lagi. Buku ini adalah rakaman sirah paling lengkap tentang Rasulullah dengan ilustrasi gambar berwarna.

Gambaran keperibadian Nabi Muhammad daripada perspektif sahabat juga dihuraikan dengan baik, sehingga membuatkan para pembaca begitu teruja dan menambahkan lagi kecintaan kepada Rasulullah. Info eksklusif yang dipaparkan dalam atlas ini berkisar tentang kehidupan Rasulullah, peta perjalanan, ekspedisi perang, dan suasana di dua tanah suci Mekah dan Madinah.

Penulis berjaya membongkarkan sejarah silam Semenanjung Tanah Arab dengan ilustrasi gambar dan peta yang berwarna, mampu menarik minat para pembaca untuk memahami lebih mendalam lagi keadaan bangsa Arab sebelum dan selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Carta alir yang ringkas mengenai peperangan dan ekspedisi dakwah Baginda Nabi dipaparkan dengan huraian yang jelas dan teliti.

Buku ini wajar menjadi salah satu koleksi buku dan rujukan setiap Muslim untuk lebih mengenali peribadi, sirah dan sejarah Rasulullah. Semakin mengenali Baginda Nabi, semakin membuak-buak perasaan rindu untuk menemuinya. Semoga buku ini menambahkan kecintaan kita kepada manusia paling agung, Muhammad S.A.W. Lebih banyak lagi kisah dan rakaman sirah yang tercatat dalam buku ini. Raikan kasih Rasulullah dan suburkan cinta kepada Baginda dengan menghayati Atlas Rasulullah S.A.W.

“Sesungguhnya, untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik. Iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari Akhirat. Serta dia pula menyebut dan mengingati Allah dengan banyak ketika susah dan senang.”

(Surah al-Ahzab, ayat 21)




1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

++++++++++++++++++++++++
#BorongBukuOnline
#NakBisnes