The Psychology of Selling (Psikologi Menjual)

Tingkatkan jualan anda lebih cepat dan mudah daripada apa yang anda sangkakan. Kejayaan pasti menjadi milik anda! Itulah janji yang sentiasa dipenuhi oleh Brian Tracy berulang-ulang kali.

Makin ramai wakil jualan menjadi jutawan selepas mendengar dan mempraktikkan idea-idea beliau berbanding mereka yang hadir ke latihan jualan yang dianjurkan oleh pihak lain.

Buku ini bertujuan memberi pelbagai idea, kaedah, strategi dan teknik yang dapat anda cuba serta-merta bagi membuat lebih banyak jualan dengan cepat dan mudah.

Buku ini bertujuan memberikan panduan mengenai idea, strategi, dan teknik yang dapat digunakan serta-merta bagi meningkatkan jualan dengan lebih cepat dan mudah. Dalam halaman yang berikut ini kita dapat belajar cara menjadi lebih produktif dalam bidang jualan yang kita ceburi.

Kita akan belajar cara meningkatkan jualan serta pendapatan dengan dua, tiga malah empat kali ganda, dalam jangka masa beberapa bulan sahaja, malah mungkin beberapa minggu sahaja.

Buku ini adalah versi teks yang ditulis daripada program pita rakaman (program audio) mengenai bidang jualan yang bertajuk The Psycholoy of Selling (Psikologi Menjual) yang terbukti berjaya di peringkat antarabangsa.

Sejak diterbitkan, program itu diterjemah dalam 16 bahasa dan digunakan oleh 24 negara. Ia adalah program jualan profesional yang paling laris dalam sejarah.




Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes