Unfair Advantage Edisi Bahasa Melayu

Ilmu kewangan yang tidak akan di ajar di sekolah

Harga sebuah ilmu begitu mahal sehinggakan ilmu itu langsung tidak diajar di mana­mana. Begitu jugalah halnya dengan Ilmu Kewangan. Menerusi buku Unfair Advantage ini, Kiyosaki mencabar kita semua supaya berhenti menerima kenyataan bahawa kita ditakdirkan untuk berhempas pulas demi mendapatkan wang dan jaminan hidup.

Ilmu kewangan sebenar adalah jalan untuk membina kehidupan yang didamkan. Robert
mendorong supaya kita semua dapat mengubah satu perkara yang berada dalam kawalan
kita iaitu, diri sendiri.

Buku ini adalah berkenaan kuasa ilmu kewangan sebenar dan lima kelebihan licik yang ditawarkan
oleh ilmu ini:
  • Kelebihan Licik Pertama: Ilmu Pengetahuan
  • Kelebihan Licik Kedua: Cukai
  • Kelebihan Licik Ketiga: Hutang
  • Kelebihan Licik Keempat: Risiko
  • Kelebihan Licik Kelima: Pampasan
Dalam gaya Rich Dad, Unfair Advantage mencabar pembaca supaya menghargai dan merasai
sendiri kelebihan licik sebenar, iaitu Ilmu kewangan.

Mesej Oleh Robert Kiyosaki
Pengenalan
Kelebihan Licik Pertama: Ilmu Pengetahuan
Kelebihan Licik Kedua: Cukai
Kelebihan Licik Ketiga: Hutang
Kelebihan Licik Keempat: Risiko
Kelebihan Licik Kelima: Ganjaran
Kesimpulan- Rahsia Kapitalisme
Penutup

Bahagian Khas
Masa Sudah Berubah
Bahagian Khas
Lima Tahap Pelabur
Soalan Bonus
Pesanan Terakhir Berkenaan Pendidikan
Biodata Penulis

***********************************************************

REVIEW

Robert Kiyosaki terkenal sebagai penulis buku kewangan nombor satu sepanjang zaman, Rich Dad Poor Dad. Menerusi buku tulisannya yang terbaru ini, beliau mencabar dan mengubah pandangan puluhan juta orang di seluruh dunia berkaitan wang. “Unfair Advantage” akan menyingkap rahsia kuasa ilmu kewangan sebenar dan lima kelebihan licik yang ditawarkan oleh ilmu ini.

Menerusi buku Unfair Advantage ini, Kiyosaki mencabar kita semua supaya berhenti menerima kenyataan bahawa kita ditakdirkan untuk berhempas pulas demi mendapatkan wang dan jaminan hidup. Ilmu kewangan sebenar adalah jalan untuk membina kehidupan yang didamkan. Robert mendorong supaya kita semua dapat mengubah satu perkara yang berada dalam kawalan kita iaitu, diri sendiri.

Pemburu menjerat monyet dengan mengumpannya ke lubang yang diletakkan kacang dan buah-buahan. Genggaman tangan monyet yang dipenuhi dengan buah dan kacang, tidak dapat ditarik keluar dari lubang itu, dan memerangkapnya. Tetapi monyet tetap enggan melepaskan umpan yang digenggamnya. Tidak lama kemudian, pemburu tiba dan menangkap monyet tersebut.

Manusia dapat diibaratkan seperti monyet tadi. Mungkin manusia tidak berpaut pada buah-buahan atau kacang, tetapi manusia berpaut pada jaminan pekerjaan, pemilikan, dan wang. Disebabkan tiada pendidikan kewangan, kebanyakan orang menghabiskan sepanjang hidup mereka sebagai hamba gaji kepada majikan dan hamba cukai kepada kerajaan.

Unfair Advantage mencabar pembaca supaya menghargai dan merasai sendiri kelebihan licik sebenar, iaitu ilmu kewangan. Tanpa pendidikan kewangan, kebanyakan orang tidak dapat meneruskan kehidupan.




1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

++++++++++++++++++++++++
#BorongBukuOnline
#NakBisnes