Tour De Jannah

 Buku ini merupakan himpunan kata-kata, cerita, kisah dan rangkaian doa-doa amalan yang sesuai
dijadikan bahan bacaan santai dan makan dalam bagi mereka yang mencari pedoman dan panduan untuk mengejar Syurga Allah.

Ia akan membawa anda mengembara dari pelbagai sisi baik dan buruk, cinta Allah dan rasul, pasangan hidup dan pelbagai lagi rencah kehidupana hingga kepada pengakhiran kita iaitu kematian.


===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5"
ISBN-13: 9789830975887
Jumlah Muka Surat: 128
Berat (Kg): 0.20
Penulis:Ustaz Ahmad Dasuki
===========================

Read Mode Click Here



email Marketing

CHANNEL TELEGRAM
Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Kisah Orang Soleh Siri 1: Pesona Ahli Syurga

Ustaz Muhadir Haji Joll menghimpunkan 170 kisah orang-orang soleh daripada zaman Rasulullah saw sehingga abad ke-20 dalam buku ini sebagai suatu bentuk hiburan jiwa yang bukan sekadar menghiburkan, malah mampu memberi motivasi dan momentum untuk anda.

Kisah-kisah benar ini berkisarkan mukjizat Baginda saw, karamah orang-orang soleh, kehebatan mereka dalam beribadah dan mencintai Rasulullah saw. Antara kisah yang dimuatkan dalam siri pertama ini:

* Makanan bertasbih dan air memancar daripada jari-jemari Nabi
* Harimah Makkah
* Solat malamnya 300 rakaat
* Ulama yang dipanggil Habib Neon
* Ibu kepada syuhada’
* Meninggal dengan membaca hadis tentang kalimah la ilaha illallah



Read Mode Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Tundukkan Playboy Itu

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung.

Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu.

 Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL
Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?





email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

PHOTOSHOPRENEUR: Jana Pendapatan dengan Adobe Photoshop

Desain termasuk dalam karya intelektual. Tanpa intelektualiti yang cukup, desain yang dihasilkan
tidak dapat difahami oleh orang lain ataupun dihargai dengan baik.

Oleh itu, manfaatkan desain yang dibuat. Siapa tahu, desain itu dapat menjana pendapatan yang lumayan.

Buku ini membantu pembaca membina mindset bagi menggunakan platform Adobe Photoshop sebagai asas kepada penghasilan desain. Pembaca juga dapat mengenali jenis-jenis desain yang dapat menjana pendapatan dan tempat bagi mengkomersialkannya.

Semoga buku ini dapat membantu pembaca menjadi desainer yang menghasilkan banyak karya dan wang dalam kehidupan ini.


Read Mode Click Here


email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Singkatnya Usia Umat Islam Kedatangan Imam Mahdi & Munculnya Dajjal

Orang-orang Yahudi mengatakan bahawa perang Armagedon akan terjadi pada bulan April 1998 sedangkan orang Nasrani mengatakan ia akan terjadi sebelum musim gugur tahun 2001. Adapun kita, maka kita mengatakan bahawa ia akan terjadi pada waktu yang dekat yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT


===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 9789675984570
Jumlah Muka Surat: 454
Berat (Kg): 0.58
===========================



FREE SHIPPING:
TIP PEMBELIAN UNTUK DAPAT PENGHANTARAN PERCUMA KLIK DISINI 

1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.




FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com

Menghayati Erti Zuhud dan Kehidupan Tokoh-Tokoh Zuhud Genarasi Awal

ZUHUD bermaksud tidak mementingkan hal-hal yang bersifat keduniaan dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Zuhud termasuk salah satu ajaran agama Islam yang sangat penting dalam rangka mengendalikan diri daripada pengaruh negatif kehidupan dunia.

Firman Allah SWT: "Dan tidakkah (dinamakan) kehidupan dunia, melainkan dari bermain-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka, tidakkah kamu memahaminya?"
(Surah Al-An'am 6:32)

Zuhud dapat memberikan pemahaman sepenuhnya bahawa dunia adalah perkara yang tidak ada maknanya dan akan cepat bosan jika dibandingkan dengan yang ada di sisi Allah SWT.

Zuhud dapat menghadirkan perasaan bahawa kehidupan di dunia sifatnya hanya sementara, sehingga dalam kehidupan sehari-hari seseorang akan menganggap ganaah (cukup) terhadap rezeki dan ketentuan Allah SWT. Zuhud melahirkan sikap warak (menjaga diri agar tidak terjatuh kepada yang syubhat), tawakal, sabar dan syukur.

Ramai tokoh-tokoh besar yang mempunyai sifat zuhud kepada Allah SWT. Sebagai contoh Abu Sakar As-Siddiq r.a, seorang yang kaya namun sedikit pun tidak menghalang dirinya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sifat zuhud ini penting kerana dapat membuat manusia memikirkan dan merenungi akhirat.

Zuhud juga dapat mengalahkan hawa nafsu manusia. Zuhud dapat menghadirkan perasaan bahawa kenikmatan duniawi tidak boleh memalingkan hati dan zikir kepada Allah SWT.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan sifat zuhud yang terdapat pada tokoh-tokoh yang terdiri daripada sahabat-sahabat nabi serta kelebihan dan keburukan sifat zuhud, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, semoga kita akan bersifat zuhud terhadap Allah SWT dan manusia.
Moga-moga dengan pencerahan ini, sedikit sebanyak mernbantu para suami menjadi suami yang disayangi isteri dan anak-anak, malah keluarga yang dibina menjadi sebuah keluarga yang diredai dan diberkati Allah SWT.


===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 9789674392239
Jumlah Muka Surat: 464
Berat (Kg): 0.60
===========================




email Marketing
NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Aku Bukan Superman : Aku Pemuda Luar Biasa

Pemuda, satu susuk yang boleh menggegarkan dunia, namun boleh juga meruntuhkan sesebuah
kedaulatan negara. Semangat dan kuasanya tidak boleh dipandang sebelah mata.

Namun sejauh mana, pemuda zaman ini sedar perkara tersebut Benarkah semangat Sultan Muhammad al-Fateh penaklum Constantinople yang meresapi pemuda kita atau suntikan hedonisme yang merendahkan akhlak dan nilai iman yang meraja?

Bagaimanakah mahu mencari dan membina kembali serta menyedari potensi sehebat superhero dan halangan apakah yang meniskuskan singa-singa agama ini? Buku ini bakal menyelongkar potensi pemuda, sehingga itu akan mengaku; “Aku Bukan Superman, Aku Pemuda Luar Biasa!”

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 978-967-11989-7-1
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (Kg): 0.30
===========================






FREE SHIPPING:
TIP PEMBELIAN UNTUK DAPAT PENGHANTARAN PERCUMA KLIK DISINI 

1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.




FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com