Namun perjalanan mencari kejayaan tidak semudah impian yang dibina, terlalu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Mimpi tidak selalu indah dan hidup tidak selalu payah.
Keringat dan air mata menjadi teman perjuangan sebenar di dalam mencari kejayaan. Tidak ada istilah putus asa atau jemu jika ingin berjaya. Buku ini juga menceritakan tentang indahnya hubungan dan persahabatan yang dijalinkan di atas nama keikhlasan dan kasih sayang kerana Allah.
Selain tentang perjuangan mencari ilmu dan kejayaan, buku ini juga menceritakan tentang suka duka insan bergelar suami dan isteri. Setiap insan yang memasuki alam perkahwinan mengharapkan kebahagiaan bersama pasangan mereka hingga ke akhir hayat. Namun langit tidak selalu cerah, adakalanya hujan turun di tengahari.
Istana yang dibina diuji dengan berbagai jenis dugaan. Ada yang mampu berdiri menghadapi ujian hidup, namun ada juga yang rebah. Yang pasti, di balik setiap ujian hidup yang tersurat pasti ada hikmah yang tersirat. Kasih sayang Allah tidak ada batasnya, bagi setiap duka dan derita pasti ada penghujungnya. Semoga esok yang mendatang adalah hari-hari yang lebih cerah dan gemilang buat kita semua.
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.25”
ISBN-13: 978-967-0326-17-7
Jumlah Muka Surat: 160
Berat (Kg): 0.20
===========================
1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.
FB Auto Poster Robot!
++++++++++++++++++++++++#BorongBukuOnline
#NakBisnes