Tasfsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik
Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.
HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.
Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara.
Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.
==============
Format: Paperback
Saiz: 8" x 11"
ISBN-13: 978-967-411-591-3
Tarikh Terbit: 9 Julai 2015
Jumlah Muka Surat : 736
Berat (kg) : 1.17
===============
----------------
ULASAN 1
Tafsir Al-Azhar merupakan karya utama dan terbesar Buya Hamka diantara 115 karya lain beliau dalam pelbagai bidang termasuk sastera, sejarah, tasauf dan agama. Tafsir Al-Azhar mula ditulis sejak 1960 dan lengkap 30 juz ketika Hamka berada dalam penjara di bawah pemerintahan Soekarno.
Hamka ditahan dan dipenjarakan dengan tuduhan melakukan kegiatan subversif terhadap pemerintah tanpa pernah dibuktikan di mahkamah, memberikan hikmah yang amat besar kepada penghasilan karya besar ini.
Tafsir ini tidak disusun terlalu tinggi hingga hanya boleh difahami oleh ulama, dan tidak pula terlalu rendah hingga menjemukan. Tafsir ini disusun tanpa membawakan pertikaian mazhab-mazhab fiqh. Hamka berusaha untuk tidak terlalu taksub kepada sesuatu fahaman mazhab tertentu dan sedaya upaya menghuraikan maksud ayat yang memberikan kesempatan pembaca untuk berfikir.
Karya ini sesuai dengan kepelbagaian penghayatan dan kemampuan pemahaman masyarakat Islam yang majmuk.
----------------
ULASAN 2
“Hamka bukan sahaja milik bangsa Indonesia, tetapi kebanggaan bangsa-bangsa Asia Tenggara”
Demikian lah petikan kata-kata Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abd Razak ketika menyebutkan tentang ketokohan Hamka, si pengarang Tafsir al-Azhar.
Hamka, atau nama sebenarnya Haji Abd Malik Abd Karim Amrullah dilahirkan di Maninjau, Sumatera Barat, pada hari Ahad, 13 Muharam 1326 bersamaan dengan 16 Februari 1908.
Ayahnya Haji Abd Karim Amrullah ialah seorang ulama terkenal manakala ibunya bernama Shafiyyah Bagindo Nan Bertuah.
Beliau pernah dianugerahkan dengan gelaran Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar pada 1958 dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974.
Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Majelis Ulama Indonesia ( MUI ) bagi tempoh 1975-1981. Hamka kembali menghadap Ilahi pada 24 Julai 1981.
Tafsir al-Azhar ialah karya monumental Hamka yang paling terkenal. Tafsir ini berasal dari kuliah Subuh Buya Hamka di Masjid Kebayoran Baru ( kini dikenali sebagai Masjid al-Azhar).
Beliau memulakan kuliah tafsirnya dari Surah al-Kahfi. Kuliah-kuliah tafsir beliau kemudian diterbitkan dalam Majalah Gema Islam bermula sejak Januari 1962.
Setelah beberapa tahun menulis Tafsir al-Azhar, Hamka masih belum mampu menyelesaikan penulisan beliau.
Tafsir ini hanya tuntas sepenuhnya apabila beliau berada dalam tempoh tahanan Orde Lama selama 2 tahun 4 bulan.
Penerbitan pertama dilakukan tahun 1968 oleh Penerbitan Pembimbing Masa yang mengandungi juzuk 1 hingga juzuk 4. Kemudian tafsir ini diterbitkan oleh beberapa buah penerbit yang berbeza.
Dari semasa ke semasa, beliau menyemak tafsir tersebut sehinggalah selesai disemak sepenuhnya pada tahun 1979.
Tafsir ini dinamakan sebagai Tafsir al-Azhar sempena nama Masjid al-Azhar yang menjadi tempat Hamka menyampaikan kuliah
tafsirnya dan sempena anugerah doktor kehormat yang diberikan oleh Universiti al-Azhar kepada beliau.
Beberapa pendekatan yang diambil oleh Hamka dalam tafsir ini adalah seperti berikut :
1. Menggunakan Metode Tahlili
Metode ini adalah metode menganalisa ayat secara terperinci.
2. Bercorak al-Adab al-Ijtima’i
Al-Adab al-Ijtima’I ialah pendekatan tafsir yang dekat dengan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat.
3. Mengutamakan tafsir bi al-ma’thur
Tafsir bi al-Ma’thur ialah pendekatan yang mengutamakan tafsir ayat al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain, hadith, pendapat pendapat sahabat, dan juga para tabi’in.
4. Menggunakan Tafsir bi al-Ra’yi al-Mahmud
Tafsir bi al-Ra’yi al-Mahmud ialah tafsir dengan menggunakan pendapat secara terpuji.
Antara kelebihan Tafsir al-Azhar ialah tafsir ini menggunakan pendekatan yang mudah difahami oleh orang awam. Tambahan pula, tafsir ini ditulis dalam Bahasa Indonesia, yang berasaskan Bahasa Melayu.
Ini membolehkan orang ramai yang tidak menguasai Bahasa Arab menggunakan tafsir ini sebagai rujukan.
Hamka menghindari perdebatan dalam perkara-perkara bersifat khilafiyah yang tidak perlu.
Selain itu, tafsir ini turut dilengkapi dengan kupasan dari sudut sosial, antropologi, sejarah, dan pengalaman peribadi Hamka yang difikirkan sesuai untuk dimasukkan dalam tafsirnya.
Tafsir al-Azhar edisi PTS diterbitkan dengan mendapat keizinan dari waris Hamka. Setakat ini, di Malaysia hanya PTS yang diberikan keizinan untuk menerbitkan semula tafsir ini yang
didatangkan dalam versi kulit keras ( hard cover ). Susunan asal tulisan Hamka dikekalkan sebagaimana edisi asal. Konsep warna digunakan bagi menjadikan tafsir ini kelihatan lebih menarik dan
ini antara perkara utama yang membezakannya dengan terbitan lain. Glosari juga disediakan di halaman belakang bagi memudahkan para pembaca merujuk perkataan-perkataan tertentu yang tidak difahami.
Tafsir ini sesuai untuk dijadikan rujukan peribadi bersama keluarga di rumah, digunakan dalam kuliah-kuliah di masjid-masjid, ataupun dalam seminar-seminar ilmiah.
FREE SHIPPING: TIP PEMBELIAN UNTUK DAPAT PENGHANTARAN PERCUMA KLIK DISINI
1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.
++++++++++++++++++++++++
#BorongBukuOnline
#NakBisnes