Dari Andalusia Ke Amerika

Naskah ini menelusuri sejarah zaman perkembangan dan kegemilangan Islam. Dalam jangka masa 100 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, Islam telah tersebar ke Asia Tengah (Transoxiana) di sebelah timur hingga ke Sepanyol dan selatan Perancis di sebelah barat.

Ketika zaman kegemilangannya, umat Islam menguasai pelbagai bidang ilmu dan berjaya membangunkan tradisi saintifik yang memajukan terus berkembang, seiring pembangunan kota-kota Islam dan kemajuan sains dan teknologi.

Dorongan hebat untuk meluaskan empayar Islam menyebabkan mereka meneroka daratan dan membelah lautan Atlantik hingga ke benua Amerika.

Terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan penerokaan umat Islam merentasi Altlantik dan menemui Dunia Baru. Bermula daripada catatan awal ahli sejarah Islam Al-Mas’udi tentang pelayaran Khash khash bin Sa’eed bin Aswad dari Kordoba, pelayaran Ibn Farrukh, catatan Al-Idrisi, pelayaran Syeikh Zainuddin Al-Mazandarani dan ekspidisi kerajaan Mandinka dari Mali, telah memberi maklumat bermakna dalam menyusun cebisan sejarah awal umat Islam.







1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com