Luqmanul Hakim adalah Socrates Berkulit Hitam

Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim
dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).

Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.

Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:

Pertama - Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam.
Kedua - Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.
Pendahuluan


  • Terjemahan Surah Luqman
  • Sejarah Hidup Socrates dan Falsafahnya
  • Garis Masa Yunani kuno
  • Socrates Berkulit Gelap Keturunan Afrika-Yunani
  • Socrates Ahli Hikmah dan Pencari Hikmah
  • Socrates Mengajar Manusia supaya Bersyukur kepada Allah dengan Cara Mengenali Diri Sendiri dan Sembahyang
  • Nasihat Socrates supaya Tidak Menyekutukan Allah
  • Socrates Berpesan supaya Lamprodes (Anaknya) Berbakti kepada Ibu Bapa
  • Socrates Percaya Tuhan akan Membalas Semua Perbuatan Manusia
  • Socrates Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kejahatan
  • Kesabaran dan Kawalan Diri Socrates
  • Usah Sombong
  • Socrates Mengajak Hidup Bersederhana
  • Tuhan Memudahkan Segala-Galanya untuk Manusia
  • Socrates Dihukum Mati Menelan Racun sehingga Digelar "Luqman"
  • Mencari Maksud Kata Nama Socrates dan Luqman
  • Menuju Pemurnian Falsafah Socrates
  • Kesimpulan: Socrates (469-399 SM) adalah Luqmanul Hakim dalam Sejarah


Format: Paperback
Saiz: 9 x 6 x 1.26
ISBN-13: 978-967-366-172-5
Tarikh Terbit: 8 Jul 2013
Jumlah Muka Surat : 744
Berat (kg): 0.94
Kategori: Bukan Fiksyen, Bukan Fiksyen Umum, Sejarah, Islam, Politik & Sejarah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

**********
Review

Menerusi buku “Alexander Adalah Zulkarnain”, penulis telah membuktikan bahawa Alexander The Great sememangnya adalah Zulkarnain yang diceritakan dalam Al-Quran. Dalam bukunya yang terbaru ini, penulis sekali lagi membuat penemuan yang menggemparkan dunia ilmu agama dan sejarah. Sarat dengan kajian ilmiah dan penelitian fakta sejarah, buku ini berjaya membuktikan bahawa Socrates adalah Luqman Al-Hakim.

Namun, tiada siapa yang menyangka, Socrates adalah bekas hamba abdi yang berkulit hitam. Socrates yang selama ini dikenali sebagai bapa falsafah barat sering digambarkan sebagai berkulit putih. Sejarah sebenar mengenai Socrates yang telah diubah dan diselewengkan berjaya dimurnikan oleh penulis. Pembuktian bahawa Socrates adalah Luqman Al-Hakim bukan sahaja didasari oleh fakta sejarah, tetapi turut disokong oleh aspek bahasa dan sastera.

Persamaan yang paling jelas sehingga terbuktinya Socrates sememangnya Luqman Al-Hakim adalah pada ajaran yang mereka bawa. Sumber yang sahih mengenai Socrates jelas menunjukkan, Socrates juga percaya kepada konsep monoteisme, iaitu ketuhanan yang satu seperti ajaran Islam yang dipegang oleh Luqman Al-Hakim. Disebabkan perkara ini, Socrates, dihukum mati oleh pemerintah pada zamannya kerana didakwa membawa ajaran yang boleh merosakkan pemikiran anak muda.

Socrates dihukum meminum racun yang dikenali sebagai “laqmaan”. Lama-kelamaan, gelaran laqmaan melekat kepada Socrates sehinggalah beliau dikenali sebagai Luqman Al-Hakim sahaja. Al-Hakim pula merujuk kepada kebijaksanaan Socrates.

Penulis juga berjaya membuktikan persamaan fizikal antara Socrates dan Luqman Al-Hakim. Buku-buku tulisan Plato, anak murid Socrates ada menerangkan tentang fizikal Socrates yang berkulit hitam, berhidung pesek, berbibir tebal, dan bertangan lebar. Socrates juga adalah bekas hamba abdi yang dimerdekakan oleh tuannya. Luqman Al-Hakim juga dinyatakan dalam sebuah hadis sebagai hamba yang berkulit hitam. Inilah persamaan yang membuktikan Socrates adalah Luqman Al-Hakim.

Dalam buku ini juga, penulis membuktikan yang Socrates dan Luqman Al-Hakim hidup pada zaman yang sama, merujuk kepada kedua-dua sumber barat dan Islam. Terdapat beberapa bukti lagi yang jelas membuktikan Socrates adalah Luqman Al-Hakim. Melalui kajian yang mendalam serta menyeluruh daripada pelbagai sumber dan aspek, bukti-bukti yang dibentang oleh penulis tidak dapat disangkalkan lagi. Kaedah kajian yang digunakan oleh penulis juga diterangkan supaya membaca betul-betul memahami perbahasan yang ingin dikemukakan.

Sebagaimana buku “Alexander adalah Zulkarnain”, buku ini pastinya dapat memberikan kepuasan intelektual kepada para pembaca. Bukti-buktinya akan memberikan keyakinan untuk kita menilai sendiri dan mempercaya Socrates adalah Luqman Al-Hakim. Faktanya jelas, bukan didasari oleh andaian semata-mata. Itulah kelebihan mana-mana buku yang ditulis oleh Muhammad Alexander, atau nama sebenarnya Wisnu Sasongko.







1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

++++++++++++++++++++++++
#BorongBukuOnline
#NakBisnes