Menjadi kreatif adalah idaman setiap individu. Individu yang kreatif selalunya dipandang tinggi.
Namun, tidak semua individu mampu memiliki kreativiti. Adakah kreativiti itu hanya hadir secara semula jadi?
Kreatif adalah bakat dan kelebihan semula jadi yang sebenarnya memang ada dalam diri setiap individu. Apabila tidak dibangunkan secara sedar, berkemungkinan kelebihan itu terbiar dan terpendam dalam diri, sampai bila-bila. Ada pendapat mengatakan, kreatif itu adalah anugerah yang dimiliki oleh mereka yang bertuah sahaja.
Pada hakikatnya, kreativiti mampu dipelajari, diperkembang dan dimiliki oleh setiap insan. Menjadi remaja kreatif adalah kunci pada persekitaran yang menyeronokkan. Buku Remaja Kreatif ini mengajak remaja supaya berfikir secara kreatif, sekali gus mendedahkan seronoknya menjadi individu yang kreatif.
Buku ini turut menjelaskan ciri-ciri individu yang kreatif, alat berfikir secara kreatif dan menyenaraikan teknik-teknik kreatif dalam menyelesaikan masalah. Remaja Kreatif perlu dimiliki oleh setiap remaja yang mahu berjaya dalam hidup mereka.
“Adakah anda mahu menjadi remaja yang kreatif?” Adakah anda mahu kreatif dalam membuat keputusan? Adakah anda mahu kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah? Adakah anda mahu kreatif dalam menyuarakan idea atau pendapat? Sekiranya jawapan anda adalah “Ya”, buku ini harus anda miliki.
Buku ini berhasrat menyediakan cara-cara dan teknik-teknik praktikal yang mudah diikuti dan diamalkan agar anda menjadi insan yang kreatif. Buku Remaja Kreatif: Bukan Anugerah Tetapi Kemahiran, menghuraikan secara jelas dan praktikal tentang : Bagaimana remaja yang tidak kreatif boleh menjadi kreatif? Alat-alat berfikir kreatif Teknik-teknik berfikir kreatif Huraian serta contoh aplikasi-aplikasi pemikiran kreatif yang mudah diamalkan serta praktikal turut disediakan.
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5564-66-6
Tarikh Terbit: 14 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 256
Berat (KG): 0.24
========================
ISI KANDUNGAN
Dedikasi
Sekapur Sirih
Bahagian I : Pengenalan
Bab 1: Mengapa Remaja Memerlukan Cara Baharu bagi Berfikir?
Bab 2: Mengapa Perlu Membuat Keputusan?
Bab 3: Kreativi Bakat Terpendam Remaja
Bab 4: Proses Menyelesaikan Masalah
Bahagian II : Alat Berfikir Secara Kreatif Melalui Logik dan Persepsi
Bab 5 : Pertimbangkan Semua Faktor
Bab 6 : Alternatif, Kemungkinan dan Pilihan
Bahagian III : Alat Berfikir Secara Kreatif Melalui Nilai
Bab 7 : Pandangan Orang Lain
Bab 8 : Kesan dan Akibat
Bab 9 : Kelebihan, Kekurangan dan Tarikan
Bahagian IV : Alat Berfikir Secara Kreatif Melalui Fokus dan Tujuan
Bab 10 : Tujuan, Matlamat dan Objektif
Bab 11 : Kepentingan dan Keutamaan
Bahagian V : Kaedah Berfikir Secara Kreatif Melalui Enam Topi Pemikiran
Bab 12 : Mengapa Perlunya Enam Topi Berfikir? Topi Putih, Topi Merah, Topi Hitam, Topi Kuning, Topi Hijau dan Topi Biru Bagaimana Menggunakan Enam Topi Berfikir?
Bahagian VI : Teknik Berfikir Secara Kreatif
Bab 13 : Teknik Analisis SWOT
Bab 14 : Teknik Analisis Sifat
Bab 15 : Teknik Bagaimana Sekiranya...?
Bab 16 : Teknik Pencetus Idea
Bab 17 : Teknik Songsang
Bab 18 : Teknik Terbalikan dan Terbalikan
Bab 19 : Teknik Herot-Benyot
Bab 20 : Teknik Keluarga Idea
Bab 21 : Teknik Senarai Semakan
Bab 22 : Teknik Kad Idea
Bab 23 : Teknik Kad Dinding
Bab 24 : Teknik Papan Notis Idea
Bab 25 : Teknik 6-3-5
Bab 26 : Teknik Perah Otak
Bab 27 : Teknik Mayang Mengurai
Bab 28 : Teknik Menukar Pintu Masuk
Bab 29 : Teknik Idea Dominan
Bab 30 : Teknik Analogi
Bab 31 : Teknik Eliminasi
Bab 32 : Teknik Kumpulan Kreatif Jepun
Bab 33 : Teknik Menulis Otak
Bab 34 : Teknik Delfi Rujukan
FREE SHIPPING: TIP PEMBELIAN
UNTUK DAPAT PENGHANTARAN PERCUMA KLIK DISINI
1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.
FB Auto Poster Robot!
++++++++++++++++++++++++#BorongBukuOnline
#NakBisnes