Tasawuf Moden - HAMKA

Ramai manusia yang diperdayakan oleh cahaya samar kerana dia dalam gelap. Perasaannya didahulukan daripada pertimbangannya.

Dia datang kepada cahaya yang baru itu. Sampai di sana, yang dicarinya tidak ada sama sekali.

Akan kembali pulang ke tempat asal, jalan yang telah lebih gelap daripada dahulu, lantaran ia tidak sabar menunggu cahaya yang sejati.

Memang, sebab-sebab buat mencapai bahagia amat banyak, tetapi kita manusia mencari juga yang lain.

Dia ada dalam tangan kita, tetapi kita cari yang ada di tangan orang lain kerana yang di tangan orang itu kelihatan indah.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-660-6
Tahun Terbit: 31 Aug 2016      
Jumlah Muka Surat: 424          
Berat (Kg):
Penulis: HAMKA
===========================


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

TRAVELOG SYAHADAH

Lahir dalam keluarga yang beragama Kristian tanpa pegangan yang kukuh mahu pun suatu petunjuk atau panduan untuk menempuhi asam garam kehidupan benar-benar mengajar aku erti kesabaran, mujahadah dan menghayati prinsip-prinsip agama setelah memeluk Islam.

Selama 22 tahun saya hidup dalam kegelapan jahiliah. Terlalu banyak onak duri yang pernah saya lalui dan  tempuhi. Allahu Akbar… betapa hebatnya dan sempurnanya syariat Islam sehingga mampu mengubah seluruh kehidupan saya.

Berjalan di atas muka bumi Allah demi menyambung tugas para Nabi dan para Rasul. Ia bukannya suatu pilihan. Tetapi tugas ini merupakan kewajiban bagi setiap individu Muslim. Cuma, di sana terdapat perbezaan dari sudut uslub dakwah mengikut kemampuan, situasi dan tempat. Apa pun, tugas ini perlu dititikberatkan bagi tiap-tiap individu walau apa pun profession dan bidang yang diceburi. Ia merupakan sumbangan kita kepada Islam yang kita anuti dan yakini.

Golongan seperti kami terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan di awal keIslaman. Disisihkan keluarga, saudara mara, kawan-kawan bahkan orang tersayang, merupakan saat yang amat sukar bagi kami. Mengubah landskap kehidupan jahiliah kepada taat dalam ajaran Islam amat memerlukan kesabaran dan mujahadah yang tinggi.

Ketika itulah kami amat memerlukan bimbingan, sokongan dan bantuan dari pihak berwajib mahupun individu yang prihatin. Mudah-mudahan coretan kisah suka duka perjalanan hidup yang saya rakamkan di dalam Travelog Syahadah ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada pembaca, terutamnya kepada kalangan Melayu Islam yang berada di dalam dilema,

  1. Dilema antara bangsa Melayu dan agama Islam
  2. Dilema antara adat dan adab.
  3. Dilema antara syariat Islam dengan jahiliah.
  4. Dilema antara rahmat dan laknat. 

Mudah-mudahan buku ini memberi kesedaran kepada pembaca khususnya remaja yang masih tercari-cari apa itu erti sebuah kehidupan. Menyingkap rahsia bagaimana Islam mampu mengubah kehidupan seorang remaja yang pernah melalui zaman-zaman jahiliah. Kisah suka duka di perantauan, saat-saat berjinak-jinak dengan Islam dan detik-detik sukar ketika terpaksa meninggalkan kehidupan yang serba-serbi dalam kemewahan dan glamour. Semata-mata kerana ingin memeluk dan mendalami Islam setelah beberapa kali Allah memberikan petunjuk.

“Membaca kisah suka duka, pahit maung insan bernama Rashidi Abdullah ini,  seorang yang sejak remajanya lagi belajar di ‘universiti’ kehidupan, pernah menjadi buruh, ditahan sebagai banduan dan akhirnya tekun belajar hingga layak dipanggil ustaz ini, sesungguhnya mengimbau kembali perjalanan hidup para sahabat Rasulullah SAW dalam mencari iman.”USTAZ PAHROL MOHAMAD JOUI (Penulis/ Pakar Motivasi/ Editor Majalah)

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-366-013-1
Tarikh Terbit: 9 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 168
Berat (kg): 0.24



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

HADIAH BUAT SEMUA (PAKEJ)

Hadiah Buat Suami adalah kisah saya bersama suami, adik-beradik, ipar-duai, rakan taulan, saudara mara, dan ramai lagi namun disampaikan dalam bentuk berbeza. Ia kisah yang perlu difikirkan, diamati di renung dalam-dalam.

Usai menulis HBS, hati benar-benar tersentak. Rupa-rupanya banyak pengajaran boleh dikhabarkan kepada manusia tentang konsep jodoh, bersyukur, bekerjasama, berkasih sayang, bertimbang rasa, bertolak ansur, dan menghargai kehidupan. Insya-Allah, ia boleh ditemui melalui detik-detik kehidupan suami isteri.

HBS merupakan rakaman penghargaan isteri terhadap suami. Namun, ada sesuatu yang mahu disampaikan tetapi terdiam bisu kerana tiada upaya. Ia rasa hati yang terpendam sekian lama. Barangkali tidak ramai mampu menzahirkan ucapan itu dengan kata-kata.




Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

The Definitive Book of Body Language Edisi Bahasa Melayu

Senyuman yang terukir di bibir seseorang mungkin sahaja membawa maksud kegembiraan, namun tidak mustahil juga senyuman itu memiliki maksud yang tersirat.

Bagaimana pula dengan individu yang bercakap sambil memeluk tubuhnya? Adakah dia sedang menyembunyikan sesuatu?

 Tahukah pembaca, sebenarnya 50% - 70% daripada komunikasi yang terjalin datangnya datangnya daripada bahasa badan, bukannya daripada kata-kata yang diucapkan?

Sayangnya masih sedikit dalam kalangan kita yang menyedari betapa gerakan fizikal sebenarnya menyampaikan mesej yang tersirat.

Menerusi buku The Definitive Book of Body Language, pembaca berpeluang mempelajari:

  1. Bagaimana tapak tangan dan jabat tangan mampu mengawal seseorang.
  2. Isyarat bahasa badan Si Penipu
  3. Isyarat rahsia menerusi rokok, kaca mata, dan solekan wajah
  4. Magik di sebalik senyuman wanita 

Penuh dengan fakta-fakta menarik, diselang-selikan dengan humor serta strategi yang boleh diamalkan, ternyata buku ini bukan sahaja mampu mengukuhkan skil komunikasi pembaca, malah memahami individu lain serta diri sendiri.




Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Rahsia Pelaburan Emas Dan Perak (TRUEWEALTH)

Syarikat tempat anda bekerja kini telah memberhentikan anda. Wang yang ada di dalam oket tidak cukup untuk membeli susu anak.
Anda teruja untuk mencipta teknik kekayaan baru…

Tetapi masih berdegil untuk berpegang pada teori nenek moyang anda! Buku Rahsia Pelaburan Emas Dan Perak kini membawa anda ke dunia yang sebelum ini tersembunyi daripada orang ramai dan juga media.

Saat anda merentasi lorong-lorong gelap krisis kewangan lalu, kini dan akan datang, anda pasti berasa malu dengan sikap sendiri dan akan menemui keberanian baru untuk menghidupkan kembali hidup anda  - kekayaan yang anda hanya dengarinya dalam kisah dongeng sahaja!

Kejayaan bukanlah untuk orang yang terpilih sahaja, kejayaan sebenarnya dipilih oleh orang tertentu sahaja. Persoalanya adalah: Jika anda mempunyai panduan untuk memindahkan kekayaan terbesar sepanjang hidup anda…adakah anda masih lagi mahu berkata, “Nah, mungkin ini berkesan untuk mereka tapi bukan untuk saya?”

Di dalam buku ini:


  1. Anda akan belajar menghargai apa itu ‘wang’ yang sebenarnya
  2. Anda akan pelajari apa itu bank pusat dan juga inflasi
  3. Anda akan ketahui bagaimana perak menjadi pilihan terbaik untuk dibeli berbanding emas
  4. Anda akan ketahui kisah asl-usul pinjaman yang ditawarkan oleh bank
  5. Ketahui masa depan melalui temu ramah bersama pakar
  6. Ketahui cara yang betul untuk melabur dalam emas dan perak di Malaysia
  7. Ketahui mengapa anda harus melabur dalam perak

Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Masa Untuk Emas (TRUEWEALTH)

Terjemahan daripada Get Into Gold: How to Invest in Gold Profitably while Avoiding the Traps.

Paparan pengendalian pelaburan emas yang menguntungkan sambil mengelakkan kesilapan-kesilapan besar ketika melabur.

=============
Penulis : Azizi Ali
ISBN : 978-967-5428-42-5
Muka Surat : 160
Berat (kg) : 0.21
=============
Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

25 Tip Bisnes Internet (HUMAIRA)

Jika anda seorang yang:

  1. Baru merapat-rapatkan dengan bisnes internet
  2. Tidak tahu, apa itu bisnes marketing
  3. Tidak tahu memasarkan produk yang dijual
  4. Merasa letih membuat perniagaan offline

Buku ini adalah asset terbesar buat anda. Kaedah bisnes internet 100% telah Berjaya dibuktikan oleh pakar online marketer.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 9789670886299
Jumlah Muka Surat: 192
Berat (Kg): 0.32
===========================




Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes