Eat That Frog (Edisi Bahasa Melayu)

Begitu banyak yang perlu dilakukan dalam waktu yang begitu singkat. "Eat That Frog" adalah teknik terhebat bagi membunuh kemalasan dan membereskan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat.

"Sekiranya kamu perlu makan seekor katak pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk yang mungkin berlaku pada hari itu." - Mark Twain -

Peraturan pertama memakan katak: Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu. Bermaksud apabila kita mempunyai dua tugas penting, mulakan dengan tugas yang paling besar, paling penting dan paling susah dahulu. Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta-merta. Siapkan tugas it terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.

Peraturan kedua memakan katak: Sekiranya kita perlu makan seekor katak hidp-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama. Bermaksud, selesaikan tugas yang paling penting pada setiap pagi. Itulah kunci kepada prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi. Jadikan 'makan katak' sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk 'makan katak' dan jangan bertangguh melakukan tugas yang penting.

Katak adalah simbolik kepada tugas yang terbesar dan terpenting. Tugas ini memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita. Namun, tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita tidak teruja mahu menyelesaikannya.

Format: Paperback
Saiz: 9x6x0.25
ISBN-13: 978-967-369-190-6
Tarikh Terbit: 21 Dec 2012
Jumlah Muka Surat : 144

Berat (kg): 0.19
Kategori: Pengurusan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd




Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Revolusi Intelektual (ILHAM)

Buku Revolusi Intelektual di tangan para pembaca ini secara khusus membicarakan gagasan utama mengenai intelektual Muslim dan arus kebangkitan Islam menerusi pendekatan rahmatan lil ’alamin termasuk membincangkan beberapa isu terpilih yang menyentuh secara langsung dalam kehidupan masyarakat.

Ia menggambarkan aspirasi penulis mengenai kepentingan revolusi intelektual dan memahami isu semasa secara lebih berkesan dan berilmu.

Sesungguhnya penguasaan ilmu menerusi dinamika intelektual dan kemampuan memahami isu semasa adalah sesuatu yang perlu dikuasai oleh umat Islam bagi memastikan sebarang unsur dan cabaran yang dilalui dapat dihadapi dengan baik berbekalkan ilmu dan kefahaman yang secukupnya.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8”
ISBN-13: 9789672007012
Jumlah Muka Surat: 197
Berat (Kg): 0.23
Penulis: Zulkifli Hasan
===========================





Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Wasiat Dari Langit Eropah (ITBM)

Wasiat Dari Langit memaknakan falsafah kehidupan dalam penceritaaannya. Resam persahabatan, erti pengorbanan malah nilai percintaan diadun sempurna pada setiap pengkisahan.

Bermula dengan pergulatan rencam di desa, novel ini membawa pembaca menyantuni setiap deria rasa di bumi Eropah.

Pengalaman-pengalaman berharga dikutip dan dituangkan ke dalam setiap langkah kehidupan dan sekali gus menguja rasa ingin tahu pembaca.

Melalui Wasiat Dari Langit Eropah penulis menggambarkan pengembaraan bukanlah sekadar sebuah perjalanan, tetapi pengembaraan itulah yang bakal membuka rahsia sebuah wasiat penting dalam kehidupan. Hakikatnya, "perjalanan itu lebih baik dari sebuah ketibaan."

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 978-967-460-017-4
Jumlah Muka Surat: 195
Berat (Kg): 0.23
===========================


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Motivasi Diri Melalui Teladan Para Nabi (HIDAYAH)

Kehidupan kita di dunia tidak pernah sunyi daripada suka dan duka, cubaan dan dugaan, onak dan duri, yang berselang-seli, nasib kita tidaklah sama.

Namun semua itu adalah ujian Allah SWT yang Maha Kuasa bagi menguji siapakah yang terbaik daripada kalangan para hamba-Nya.

Di sebalik ujian dan dugaan yang kita lalui, walau sesusah mana pun jua, ingatlah bahawasanya dugaan yang dilalui oleh para Nabi dan Rasul tentu sudah pasti lebih berat dan perit.

Mereka menghadapi pelbagai ujian, ancaman dan seksaan daripada kaum yang menentang mereka. Di antara mereka ada yang dikenali dengan gelaran Rasul Ulul Azmi iaitu:

1. Nabi Nuh A.S.
2. Nabi Ibrahim A.S.
3. Nabi Musa A.S.
4. Nabi Isa A.S.
5. Nabi Muhammad Salawatullah'Alaihim Ajma'in

Mereka menghadapi ujian dan rintangan paling berat sepanjang perjalanan kehidupan dakwah mereka. Kisah-kisah pengajaran ini dapat dibaca dan diceduk daripada Kitab Suci Al-Quran al-Karim sebagai iktibar dan pengajaran kita sebagai pendakwah dan khalifah Allah di muka bumi, yang hidup di akhir zaman yang penuh pancaroba dan karenah manusia.

Buku 'Motivasi Diri Melalui Teladan Para Nabi' ini diterjemahkan untuk kita sebagai santapan minda dan rohani. Yang mampu menjadi panduan berguna dalam kehidupan, menjadi rujukan konsultansi dan kaunselor jiwa, motivasi kejayaan diri dan umat. Malah menambahkan rasa keinsafan diri sebagai hamba Allah yang mendambakan keredaan-Nya dan serba kekurangan.

la mengandungi panduan dalam aspek kekeluargaan, rumahtangga, pembersihan jiwa (tazkiyah an-nafs), kaedah pendidikan anak-anak dan para remaja masa kini, godaan nafsu dan cara-cara mengawalnya, fitnah wanita dan keperluan kaum lelaki membimbing dan melindungi wanita dengan sebaiknya.

Juga menyentuh isu-isu semasa seperti bahan merangsang syahwat yang terpapar di televisyen dan internet, serta pengajaran lain yang bersumberkan kisah-kisah para Nabi dan Rasul, serta kisah-kisah para sahabat Nabi S.A.W yang perlu dibaca dan dibacakan kepada anak-anak kita supaya kita semua dapat meneladani pengajaran, iktibar dan motivasi daripada gabungan personaliti hebat yang mendapat petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Peliharalah diri kita dan kaum keluarga kita semua daripada menjadi bahan bakaran api neraka. Selamat membaca dan beramal.

===========================
Format: Paperback
ISBN: 978-967-0267-56-2
Jumlah Muka Surat: 575
Berat(kg) : 0.75
===========================



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Usahawan Akhirat (GALERI)

Usahawan Akhirat secara pintar melihat dunia hanya sebagai singgahan sementara. Mereka berniaga di dunia.

Keuntungannya boleh dinikmati di dunia dan lebih mewah lagi di akhirat. Sebaliknya, perniagaan semata-mata atau melebihkan secara melampau kehidupan dunia boleh menyebabkan mereka menggigit jari ketika berhadapan dengan Allah pada hari penghakiman.

Penghakiman Allah sangat jelas, yang mana ada yang menerima balasan syurga dan selebihnya akan berhadapan dengan azab seksaan api neraka sebelum dikembalikan ke syurga atau terus kekal selama-lamanya di sana.

Namun bagi mereka yang berfikir pilihan istimewa yang sepatutnya dikejar ialah memasuki syurga tanpa dihisab. Mereka tidak perlu menunggu lama.

Realitinya, walaupun diingatkan berulang kali tentang kewujudan negeri akhirat yang kekal abadi, manusia masih menyangka dunialah yang perlu diperjuangkan sesungguh hati. Mereka tidak mengendahkan kepentingan hakiki. Umumnya, mesej yang ingin disampaikan adalah aspek
ketuhanan yang telah dilalui oleh kedua-dua penulis melalui latar berbeza.

Ya, kita berniaga di dunia namun perniagaan menuju akhiratlah yang akan menyebabkan kehidupan itu mempunyai harga luar biasa dan ketahuilah perniagaan yang tidak pernah merugikan ialah berniaga dengan Allah!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5”
ISBN: 978-983-097-511-5
Jumlah Muka Surat: 347
Berat (Kg): 0.45
===========================


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

BAGAIMANA WAJAHKU DI PADANG MAHSYAR (HIDAYAH)


Sebahagian daripada mereka, ada yang berwajah seperti kera, ada juga yang berwajah seperti babi,
ada yang dalam keadaan terbalik di seret dengan keadaan kaki di atas dan kepala di bawah, ada juga yang yang dihimpunkan dalam keadaan buta dan diiring, dan ada juga yang tuli serta bisu dan tidak berakal...

Kelak, saat hari kiamat tiba, golongan manusia dan jin akan dikumpulkan di padang mahsyar. Setiap manusia dikumpulkan berdasarkan golongannya. Dengan berbagai rupa dan wajah yang sama sekali berbeza dibandingkan saat di dunia.

Ada yang berwajah babi, kera, buta matanya, dan berbagai-bgai lagi. Semua ini bergantung amal perbuatan mereka semasa hidupnya.

Buku yang sedang berada di tangan anda inj menghurai secara terperinci perjalanan manusia sejak memasuki alam kubur hinggalah dikumpulkan di Padang MAahsyar. Serta gambaran betapa huru-hara dan dahsyatnya keadaan di sana nanti.

Dijelaskan juga bagaiamana bentuk tubuh serta keadaan wajah-wajah manusia pada hari itu. Bersesuaian dengan amal kebaikan atau amal dosa mereka semasa hidup di dunia ini.

Dikemaskan dengan menarik menggunakan Bahasa yang sanrtai dan gambaran-gambaran yang mampu menggetarkan kalbu. Amat sesuai buku ini dibaca oleh setiap muslim yang ingin mempersiapkan diri menghadapi hari itu dengan selamat. Sehingga akhirnya mampu meraih syafaat daripada Nabi s.a.w bagi mereka yang istiqamah menjalankan syariat islam dengan benar.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 8.5" x 12”
ISBN: 9789670267906
Jumlah Muka Surat: 212
Berat (Kg): 0.25
===========================


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

101 Rahsia Penulis Bestseller (TRUEWEALTH)

Buku ini menekankan beberapa aspek untuk menjadi penulis BESTSELLER hebat. Bagaimana untuk menghasilkan penulisan yang baik?

Apakah persediaan yang perlu diketahui sebelum, semasa dan selepas penghasilan buku? Bagaimana memantapkan diri untuk menjadi seorang penulis hebat?

Mengenai Penulis

Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dari Universiti Malaya. Meminati bidang penulisan sejak berada di bangku sekolah rendah lagi, beliau mula berjinak-jinak dengan penulisan cerpen dan sajak di awal pembabitannya.

Penerbitan buku pertama beliau, Mudahnya Menulis Buku memberi fasa baru dalam hidupnya. Buku kedua beliau bertajuk Sehari di A&E.

Beliau kini ingin menjadi penulis buku-buku tentang penulisan, perubatan, motivasi, pendidikan dan buku-buku fiksyen yang akan memberi manfaat kepada pembaca dan meningkatkan kualiti hidup pembaca.

===============
Penulis : Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin
ISBN : 978-967-416-071-5
Muka Surat : 228
Berat (kg) : 0.27
===============



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes