Motivasi Diri Melalui Teladan Para Nabi (HIDAYAH)

Kehidupan kita di dunia tidak pernah sunyi daripada suka dan duka, cubaan dan dugaan, onak dan duri, yang berselang-seli, nasib kita tidaklah sama.

Namun semua itu adalah ujian Allah SWT yang Maha Kuasa bagi menguji siapakah yang terbaik daripada kalangan para hamba-Nya.

Di sebalik ujian dan dugaan yang kita lalui, walau sesusah mana pun jua, ingatlah bahawasanya dugaan yang dilalui oleh para Nabi dan Rasul tentu sudah pasti lebih berat dan perit.

Mereka menghadapi pelbagai ujian, ancaman dan seksaan daripada kaum yang menentang mereka. Di antara mereka ada yang dikenali dengan gelaran Rasul Ulul Azmi iaitu:

1. Nabi Nuh A.S.
2. Nabi Ibrahim A.S.
3. Nabi Musa A.S.
4. Nabi Isa A.S.
5. Nabi Muhammad Salawatullah'Alaihim Ajma'in

Mereka menghadapi ujian dan rintangan paling berat sepanjang perjalanan kehidupan dakwah mereka. Kisah-kisah pengajaran ini dapat dibaca dan diceduk daripada Kitab Suci Al-Quran al-Karim sebagai iktibar dan pengajaran kita sebagai pendakwah dan khalifah Allah di muka bumi, yang hidup di akhir zaman yang penuh pancaroba dan karenah manusia.

Buku 'Motivasi Diri Melalui Teladan Para Nabi' ini diterjemahkan untuk kita sebagai santapan minda dan rohani. Yang mampu menjadi panduan berguna dalam kehidupan, menjadi rujukan konsultansi dan kaunselor jiwa, motivasi kejayaan diri dan umat. Malah menambahkan rasa keinsafan diri sebagai hamba Allah yang mendambakan keredaan-Nya dan serba kekurangan.

la mengandungi panduan dalam aspek kekeluargaan, rumahtangga, pembersihan jiwa (tazkiyah an-nafs), kaedah pendidikan anak-anak dan para remaja masa kini, godaan nafsu dan cara-cara mengawalnya, fitnah wanita dan keperluan kaum lelaki membimbing dan melindungi wanita dengan sebaiknya.

Juga menyentuh isu-isu semasa seperti bahan merangsang syahwat yang terpapar di televisyen dan internet, serta pengajaran lain yang bersumberkan kisah-kisah para Nabi dan Rasul, serta kisah-kisah para sahabat Nabi S.A.W yang perlu dibaca dan dibacakan kepada anak-anak kita supaya kita semua dapat meneladani pengajaran, iktibar dan motivasi daripada gabungan personaliti hebat yang mendapat petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Peliharalah diri kita dan kaum keluarga kita semua daripada menjadi bahan bakaran api neraka. Selamat membaca dan beramal.

===========================
Format: Paperback
ISBN: 978-967-0267-56-2
Jumlah Muka Surat: 575
Berat(kg) : 0.75
===========================



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes