30 Hari Mencari Tuhan

"Kadangkala, petunjuk sudah ada. Dekat dan bukannya jauh dari kita. Tinggal tidak pernah kita bernafsu untuk menyelaknya. Lantas kita rugi setelah mempersiakannya."

Buku Untuk Kita Pendosa: 30 Hari Mencari Tuhan yang dikarang, bukanlah kerana kita hanya perlu mencari Tuhan dalam masa 30 hari.

Bukanlah juga kita pasti akan bertemu Tuhan dalam masa 30 hari. Ia hanya tajuk yang dipilih, kerana dalam masa sebulan, kita mempunyai sekitar 29 hari hingga 30 hari (bulan Qamariah), dan mungkin dalam kesibukan kita mengharungi arus kehidupan, dapatlah kita luangkan sebulan untuk memulakan sebuah pencarian yang penting dalam kehidupan kita.

Buku ini juga diletakkan sebagai buku kedua dalam siri Untuk Kita Pendosa, kerana ia adalah refleksi yang baik untuk kita semua, manusia yang berdosa. Kita berani melakukan dosa, mungkin kerana kita terlupa hakikat hidup kita ini ada Tuhan. Kita juga mungkin berani melakukan dosa, kerana kita tidak tahu yang kita punya Tuhan.

Lantas buku ini kembali mengingatkan kita pada hakikat tersebut, di samping berusaha membawa kita untuk lebih kenal dengan Tuhan.

Buku ini masih dalam kategori santai. Tidak terlalu berat. Ia sekadar sebuah riadhah fikri, untuk kita melakukan lebih refleksi terhadap diri sendiri, serta mengajak para pembaca memulakan pencarian masing-masing terhadap kebenaran Tuhan yang mereka percayakan selama ini. Mungkin buku ini lebih berorientasikan Allah sebagai Tuhan, kerana ditulis oleh seorang Muslim.

Namun kita perlu bertanya kepada diri masing-masing, “Sejauh manakah aku mengenal Allah s.w.t.?” Persoalan itu akan membuatkan kita memulakan sebuah kembara pencarian. Dan keyakinan itu adalah, orang yang mencari, dia akan dapat melakukan peningkatan pada kehidupannya.


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes