Tip Menawan Hati Pelanggan

Pelanggan yang setia dan menghargai perkhidmatan yang diberi adalah petunjuk dalam kejayaan dan kemajuan perniagaan. Lebih ramai pelanggan melanggan produk yang dikeluarkan syarikat, lebih berjaya dan maju perniagaan itu.

Malangnya banyak syarikat yang tidak endah kepada pentingnya kewujudan pelanggan. Peniaga perlu memahami kewujudan pelanggan bukan hanya pada suatu masa sahaja, tetapi mereka diperlukan daripada mula syarikat beroperasi sehingga ke akhirnya.

 Setiap topik yang dibincangkan disertai dengan contoh semasa supaya ia relevan dengan situasi perniagaan kini selain memastikan pembaca mendapat gambaran jelas berkaitan penerangan yang diberikan. Kami turut memastikan cara-cara melayan pelanggan yang dicadangkan sesuai dengan budaya dan nilai-nilai universal yang dapat digunakan di pelbagai lokasi dan pada bila-bila masa.

Saya berharap buku ini dapat dijadikan alat bagi lebih memahami konsep khidmat pelanggan yang hebat selain menyediakan alternatif baru dalam menghadapi dunia yang mengiktiraf pelanggan sebagai raja, pelanggan sentiasa benar dan dapat menyelesaikan masalah mereka adalah produk utama.

Strategi yang perlu anda utamakan adalah, bagi memenangi hati pelanggan untuk jangka masa panjang. Ini adalah ciri utama kejayaan perniagaan ataupun usahawan. Cuba amalkan panduan dan cadangan yang dinyatakan di dalam buku ini, mudah-mudahan ia dapat membantu perniagaan anda berkembang maju.

Kuncinya adalah menawan hati pelanggan dan menjadikan mereka sebagai pelanggan setia. Ini adalah tugas yang nampak mudah tetapi sebenarnya penuh dengan cabaran. Dalam hal ini, kejayaan anda bergantung pada empat perkara utama:

  1. Kesedaran berkaitan teknik yang sesuai dengan per-niagaan anda.
  2. Mahu mencuba idea-idea baru.
  3. Prihatin pada perkara kecil yang memberi kesan yang besar.
  4. Mengguna pakai panduan di dalam buku ini dengan konsisten.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN: 978-983-3586-21-9
Jumlah Muka Surat: 185
Berat (Kg): 0.20
Penulis: Zainuddin Zakaria ; Ziadatul Hidayah Zakaria
===========================



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes