Sistem oderr - Urus Jualan Anda Dengan Lebih Mudah!

Kini anda boleh rekod database pelanggan, untung rugi, print borang Poslaju dan auto SMS tracking no, dengan cara paling mudah!

Ini adalah salah satu contoh sistem order yang saya gunakan untuk urus rekod jualan produk online saya.

Sebelum ni banyak buat secara manual. Bila customer order barang & whatsapp details, saya terpaksa tulis satu persatu semuanya secara manual. Silap haribulan, boleh tersilap pos barang. Atau terpos 2kali kepada customer yang sama.

Tracking poslaju pun kena hantar secara manual. Bila lewat update tracking, customer terus bising. Haha!

Baru-baru ni saya upah programmer untuk buat sistem order custom made ikut apa yang saya nak, supaya lebih senang nak manage order.

Kerja-kerja pengurusan database customer jadi lebih mudah. Tak perlu pening kepala asyik semak whatsapp nak check jika ada order terlepas pandang.

Jika customer nak order, bagi je order link kat dorang sama ada melalui whatsapp atau pm di fb. Customer hanya perlu klik order link, dan terus order dari situ. Customer boleh pilih samaada nak bayar manual atau online payment sebab sistem order ni dah diintegrate dengan sistem Billplz.

Lepas kita setel poskan produk, sistem akan automatik hantar notifikasi sms kepada customer. So, dorang akan tahu status order dorang samaada dah diposkan atau belum. Sistem ni jugak boleh update berapa stok produk yang available. Boleh terus print borang PosLaju. Boleh blast sms kepada customer.

Sejujurnya, kos upah nak buat sistem ni sahaja dah mencecah 4 angka. Tak percaya, try tanya mana-mana programmer dan minta quotation dari dorang. Ada yang caj hingga puluh ribu.

Jadi, saya bercadang nak bantu sesiapa yang nak guna sistem order macam ni, dengan harga tak masuk akal.

RM100 sahaja untuk keseluruhan sistem ni. Yang bestnya, anda tak perlu beli domain atau hosting untuk install sendiri. Berminat?

Anda boleh Login di sini untuk lihat dulu demo bagaimana sistem order ini berfungsi:

=> http://demo.odarr.com

Username : admin
Password : demo1234


klik di sini untuk tempah Sistem Order

Bukalah Pintu Rezeki (HIDAYAH)

Pelbagai Cubaan dan dugaan yang dihadapi oleh setiap orang. Ada yang susah ada pula yang senang. Ada yang bahagia ada pula yang menderita.

Ada ju8ga yang sempurna, sama ada dari segi zahir atau batinnya. Ini semua adalah ujian yang ditimpakan kepada manusia.

Di sinilah fungsinya keimanan dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan pelbagai ujian ini. Dengan keimanan dan kepercayaan yang utuh terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah, itu semua merupakan elemen yang akan mendekatkan manusia dengan PenciptaNya iaitu Allah S.A.W. Semuanya berada di dalam penguasaan Allah S.W.T semata-mata.

Begitu jugalah dengan rezeki setiap orang, adalah ditentukan oleh Allah S.W.T. Buku ini memberikan penjelasan yang mudah dan padat tentang rezeki dengan menjaga hubungan dengan Allah S.W. Semoga dengan perkongsian ini dapat kita memanfaatkan untuk meraih kasih sayang Allah S.W.T

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.0" x 7.0”
ISBN-13: 9789674391126
Jumlah Muka Surat: 158
Berat (Kg): 0.17
===========================



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

99 Stress Free Mummy (MUST)

Resume seseorang yang bergelar ibu, jika dizahirkan di atas kertas, pasti panjang berjela.
Bertugas tanpa mengira masa, si ibu juga tiang seri sesebuah keluarga.

Seribu satu kerenah dan ragam anak-anak yang sedang membesar pastinhya mengundang stress jika tidak diurus dengan betul. Bukan mudah sebenarnya mendapat gelaran syurga di bawah telapak kaki seorang ibu.

Buku ini mengumpulkan 99 kisah ibu dan anak yang ditulis secara santai. segala insiden mencuit hati antara penulis dan anak-anak beliau dihimpun dan ditampilkan sebagai anekdot.

Bagi penulis, segala yang terbit dari bibir seseorang anak kecil itu jujur, tidak berselindung demi menjaga hati, bahkan ada ketikanya tersentap dibuatnya.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN:  9789670716763
Jumlah Muka Surat:  152
Berat (Kg): 0.18
Penulis: Zatika Izati Puade
===========================



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Tip Berniaga Nabi Muhammad S.A.W untuk Para Usahawan Masa Kini (HIDAYAH)

Apabila kita rujuk semula sirah dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w, dalam bab pengurusan baginda tidak melakukan suatu perkara dan keputusan secara melulu. Semua di susun secara teratur  dan berhemah. Begitu juga dalam urusan perniagaan.

Seperti yang kita ketahui Nabi S.A.W juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Baginda S.A.W memberikan contoh cara berniaga yang terbaik sehingga menghasilkan keuntungan yang besar dan halal. Bagaimanakah cara Rasulullah S.A.W berniaga sehingga mampu menghasilkan pulangan yang menguntungkan dan halal> apakah tip-tip utama yang baginda S.A.W pegang?

Temui jawapannya di dalam buku ini. Penjelasannya dikupas dengan tajam dan padat tentang kepelbagaian strategi perdagangan dan bisnes Rasulullah S.A.W. Semua ini dipaparkan secara padat di dalam buku ini.

Sebagai nilai tambah, buku ini juga dilengkapi  dengan tip-tip yang berguna untuk pengusaha dalam perkara-perkara yang perlu dijauhi semasa menjalankan urusan perniagaan. Ingin menjadi pengusaha dalam perkara-perkara yang perlu dijauhi semasa menjalankan urusan perniagaan. Ingin menjadi pengusaha yang berjaya, jadikan buku ini salah satu panduannya




Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes

Turki Uthmaniah : Persepsi dan Pengaruh dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu mempunyai persepsi yang tinggi terhadap dawlah Turki Uthmaniah. Persepsi dan kecenderungan ini banyak tercatat dan dikenal pasti dalam karya-karya sastera Melayu tradisional.

Sejarah juga menunjukkan masyarakat Melayu menjalinkan hubungan dengan dawlah Turki Uthmaniah sejak abad ke-16 Masihi.

Perkembangan pesat industri persuratkhabaran menunjukkan liputan meluas menegenai dawlah Turki UThmaniah seperti akhbar Jawi Peranakan, al-Imam, Neracha, Tunas Melayu, Seruan Azhar dan juga Idaran Zaman.

Selain itu, pada pertengahan kedua abad ke -19, pemikiran dan gagasan Pan-Islamisme berkembang kesan penjajahan Barat terhadap dunia Islam.

Oleh itu, Pan-Islamisme direncanakan untuk berhadapan dengan ketamakan kuasa Barat dan menyeru kepada kesetiaan dan kesatuan umat Islam di bawah sultan Turki Uthmaniah. Buku ini sesuai untuk rujukan para penyelidik, pelajar institusi pengajian tinggi dan khalayak yang meminati disiplin sejarah.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5”
ISBN-13: 9789834901011
Jumlah Muka Surat: 360
Berat (Kg): 0.47
===========================




Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes