Buat Duit Dengan Freelance Blogging

Anda minat menulis di blog? Bagaimana untuk menjadikan bidang penulisan itu sebagai satu sumber pendapatan lumayan? Ketahui potensi sebenar buat duit dengan freelance blogging dan pelajari teknik yang betul dan praktikal untuk menjana sekurang-kurangnya RM1,000 dalam masa 30 hari dari sekarang melalui medium ini.

Mengenai Buku
Jana pendapatan dengan menulis di blog orang lain Bagaimana meningkatkan harga servis freelance blogging dalam masa kurang daripada 10 hari Bagaimana untuk memikat hati pelanggan supaya mereka menggunakan servis kita berkali-kali Cara merangsang idea penulisan tanpa henti Teknik berkesan untuk mendapatkan pelanggan pertama Bagaimana menjaga kualiti penulisan blog

Mengenai Penulis
Aqif Azizan, graduan SEGi University College dalam jurusan Diploma in Creative Multimedia, memiliki empat tahun pengalaman dalam industri blogging, pemasaran dan perniagaan Internet. Beliau merupakan pemilik bersama syarikat pengaturcara laman web dan digital media Inovattic Solution. Antara projek-projek usahasama beliau yang mendapat perhatian media tempatan adalah Majalah Niaga dan Komik Niaga iaitu projek laman web pendidikan yang memberikan informasi mengenai bisnes dan keusahawanan, menerusi perkongsian usahawan daripada pelbagai industri termasuk usahawan yang berstatus jutawan. Beliau juga merupakan jurulatih penulisan digital dan aktif menyampaikan ceramah berkenaan perniagaan Internet dan blogging.

==================
Penulis : Aqif Azizan
ISBN : 978-967-416-008-1
Muka Surat : 190
Berat (kg) : 0.27
==================





1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

++++++++++++++++++++++++
#BorongBukuOnline
#NakBisnes