Unlimited Power (Edisi Bahasa Melayu)

Unlimited Power adalah berkenaan bagaimana menggunakan dan mengendali anugerah Tuhan yang paling berharga, iaitu minda kita bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.

Anthony Robbins dengan ikhlas hati sudi berkongsi pelbagai teknik kawalan minda yang dapat membawa perubahan kepada diri kita dan juga orang lain di sekeliling kita. Setiap penyakit ada ubatnya, begitu juga setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Encik Robbins berkongsi pelbagai kaedah bagi menangani masalah pembelajaran, masalah perniagaan, masalah di tempat kerja, dan ketagihan rokok. Terdapat juga cara bagi menghadapi ketakutan, fobia, mengawal perasaan marah, masalah dalam perhubungan, masalah kesihatan, kegemukan, pemakanan, masalah motivasi, dan pelbagai lagi.

Buku ini perlu dibaca dan dihadamkan secara perlahan-lahan. Pembaca disaran mencuba sendiri kaedah dan teknik yang diajar secara berulang kali. Dengan cara ini, pembaca dapat menguasai dan menikmati kesan dan manfaatnya. Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat, guru, kaunselor, majikan, konsultan bisnes, pengurus, pentadbir awam, ahli politik, pengurus sumber manusia, dan ahli perniagaan.

Di samping itu, ia sesuai intuk jurulatih motivasi dan sukan, ibu bapa, pelajar universiti, pekerja, serta sesiapa sahaja yang berminat mahu memperbaiki diri sendiri dan orang-orang di sekeliling mereka.

==============
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-413-8
Tarikh Terbit: 22 Jul 2015
Jumlah Muka Surat : 584
Berat(kg) : 0.74

===============


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes