Awaken the Giant Within (Edisi Bahasa Melayu)

Kisah Anthony Robbins : Dari pencuci tandas kepada jutawan.

Anthony Robbins, permulaannya dia bukan siapa-siapa. Tiada siapa yang mengendahkan kewujudan beliau. Beliau bukan sahaja miskin, hidup dalam keluarga penuh masalah, malah hanya bekerja sebagai pencuci tandas.

Kini beliau bukan sahaja pelatih dan motivator berjaya didunia, malah menerima bayaran tidak kurang $1 juta dollar untuk sesi motivasi bersama beliau.

Titik terendah hidup beliau, beliau terpaksa menggunakan lilin untuk menerangi rumahnya kerana tidak mampu untuk membayar bil elektrik. Beliau terpaksa hidup bersama tiga orang ayah kerana ibunya kawin dan cerai berkali-kali. Tidak tahan dengan keadaan tersebut, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan bekerja sebagai pencuci tandas dengan pendapatan hanya $50 dollar seminggu. Oleh kerana ketiadaan tempat tinggal, beliau membuat keputusan untuk menjadikan satu ruang dalam tandas tersebut sebagai tempat tinggalnya.

Pada suatu ketika, tandas yang dijaganya mengalami kemerosotan kehadiran pelanggan. Apabila diselidik, didapati kemerosotan tersebut disebabkan oleh ramai gelandangan dan pengemis yang mendiami kawasan hadapan tandas tersebut. Pemilik tandas meminta Anthony Robbins untuk menghalau gelandangan dan pengemis yang mendekati tandas yang dijaganya. Dengan berat hati, beliau terpaksa mengikut arahan pemilik tandas tempat dia bekerja.

Kesusahan hidup beliau menyebabkan beliau tidak sampai hati untuk menghalau gelandangan dan pengemis tersebut dengan cara kekerasan. Beliau menggunakan cara lembut dengan menasihati mereka dan memberikan motivasi dengan harapan supaya gelandangan dan pengemis tadi terdetik untuk mengubah hidup mereka.

Selang beberapa tahun, ketika Anthony Robbins sedang berjalan-jalan,beliau ditegur oleh seseorang yang tidak dikenali. Tidak disangka-sangka rupa-rupanya orang yang menegurnya merupakan bekas gelandangan yang pernah dinasihati oleh Anthony Robbins. Kini bekas gelandangan tersebut telah berjaya dalam hidup dan merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat. Semuanya bermula dari nasihat yang diberikan oleh Anthony Robbins. Bekas gelandangan tersebut merasa bahawa Anthony Robbins memiliki bakat luar biasa dalam memotivasikan orang lain.

Anthony Robbins diajak untuk mengikuti acara seminar yang diadakan oleh Jim Rohn. Namun yuran seminar tersebut berharga $10000 dollar dan Anthony Robbins tidak mampu. Beliau kemudiannya berjaya meyakin seorang nenek kaya yang tinggal berdekatan untuk meminjamkan wang tersebut untuk memboleh beliau menyertai seminar Jim Rohn.
Disitu adalah titik kejayaan beliau. Beliau belajar dan bekerja untuk Jim Rohn dari usia 18 hingga 22 tahun. Kemudian dia mendalami pelbagai ilmu sehingga akhirnya berjaya seperti sekarang.

Awaken The Giant Within merupakan antara buku tulisan beliau yang mengangkat nama Anthony Robbins dipersada dunia. Agaknya apa rahsia yang terpendam dalam buku setebal 708 mukasurat ini? Beli & baca lanjut dalam buku ini.








1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com