Jejak Ibnu Battuta

Ibnu Battuta terkenal sebagai seorang pengembara Muslim abad ke-14. Kisah perjalanan Ibnu Battuta yang begitu mengujakan dan luar biasa ini, membuatkan dunia Barat memberikan jolokan 'Marco Polo Dunia Muslim' kepada Ibnu Battuta. Ross E.

Dunn mengupas jejak perjalanan Ibnu Battuta yang merentas hampir 30 tahun ke daerah-daerah yang sama luasnya dengan 44 negara zaman moden kini.

Penulis menterjemahkan dalam konteks sosial dan budaya masyarakat Islam, dan dimensi interaksi manusia di Timur dan pada Zaman Pertengahan.

Buku yang ditulis oleh profesor sejarah dari San Diego State University ini bukan sekadar memberikan keterangan yang relevan bagi memahami kisah perjalanan Ibnu Battuta, namun juga menempatkan Ibnu battuta dalam konteks sejarahnya.

Dengan menggunakan pendekatan kritis berdasarkan pengalaman pengembaraan Ibnu Battuta, kajian ini merupakan pengenalan bagi mendalami seluruh dunia Islam pada abad ke-14.

"Buku hasil karya Ross E. Dunn ini penting kerana buku beliau mengupas kisah Ibnu Battuta secara mendalam dan menarik. Buku ini tidak seperti karya tiga jilid Gibb yang hanya menjadikan kisah Ibnu Battuta sebagai sumber rujukan. Dengan pendekatan ini, Dunn mengulas beberapa hal penting kepada para pembaca." -Taufik Abdullah, Pakar Sejarah, Ph.D., Uni9versiti Cornell, Ithaca, Amerika Syarikat.





1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com