Rich Dad Poor Dad (Edisi Bahasa Melayu)

Rich Dad Poor Dad adalah antara buku kewangan yang wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Secara dasarnya, buku ini membuka mata berkenaan apa itu sebenarnya membuat duit. Dalam buku ini, ditunjukkan secara literal bagaimana membuat duit daripada bahan mentah. Sebenarnya, caranya sama seperti membuat wang palsu. Bunyinya kelakar, tetapi itu yang membuka pemikiran mereka yang sudah berjaya.

Naratif awal buku ini membawa kita melihat dunia kewangan dari sudut pandang seorang kanak-kanak. Nampak seperti enteng sahaja, tetapi kemudian konsep-konsep dewasa pantas meresap masuk. Contohnya sahaja kelihatan seperti keanak-anakan, tetapi konsep yang awal itu tetap relevan dalam dunia dewasa.

Buku ini bukan buku berkenaan menyimpan wang, tetapi ia adalah buku yang menukar cara kita memandang wang dan membuat duit. Apabila pandangan kita kepada wang sudah bertukar, cara kita melihat dunia juga pasti bertukar. Jadi, bersedia melihat dunia dengan cara berbeza selepas membaca buku ini.

Selepas itu, barulah penulis membawa kita kepada bagaimana sebenarnya cara membuat duit dan mengembangkan duit yang ada. Ada banyak cara bagi membuat duit, namun kerana pengalaman penulis lebih cenderung kepada hartanah, maka kebanyakan contoh membuat duit yang diterangkan adalah melalui hartanah. Namun, itu tidak bermakna prinsip-prinsip yang diterangkan tidak dapat digunakan dalam bidang-bidang lain.

Apa yang lebih penting, buku ini menerangkan pelbagai kemahiran dan ilmu yang perlu dikuasai sebelum seseorang itu mula membuat duit. Kesemua itu tidak memerlukan segulung ijazah pun bagi dikuasai. Ilmu dan kemahiran yang dikongsikan dalam buku ini kebanyakannya tidak diajar di sekolah. Tambahan pula, sesetengah kemahiran dan ilmu yang diperlukan itu pula selalunya dipandang rendah oleh mereka yang berpendidikan tinggi.

Ya, pendidikan tinggi bukan segala-galanya. Keberanian dan cara pandang yang berbeza lebih penting daripada segulung ijazah. Buku ini memang mencabar ego dan status quo. Rich Dad Poor Dad bukan untuk mereka yang selesa dalam kepompong lama.

Bagi mereka yang berani berubah dan mencuba, buku ini adalah 'batu loncatan' yang bagus untuk bermula dalam perjalanan membuat duit dan mencapai kebebasan kewangan. Buku ini juga akan membantu kita menjadi lebih peka serta bijak dalam mengendalikan kewangan peribadi kita.


Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes