Tingkatkan Jualan Anda

Buku ini membincangkan cara-cara untuk meningkatkan teknik jualan bagi mendapatkan pendapatan sampingan untuk kebanyakan golongan pekerja masa kini. Pengalaman yang banyak sahaja tidak akan mencukupi jika ilmu jualan tidak dimiliki.

Untuk menjadi seorang jurujual yang terbaik juga tidak memerlukan kelayakan, hanya sekadar minat untuk menimba ilmu pengetahuan baru di dalam bidang jualan.

Dapatkan buku ini untuk membongkar rahsia meningkatkan aktiviti jualan anda dengan lebih baik lagi!

Mengenai Buku
Ditulis 100 peratus berdasarkan pengalaman penulis yang telah berjaya meningkatkan aktiviti jualannya

Mengandungi tip-tip persembahan jualan yang efektif, panduan mencari dan memilih bakal pelanggan dan teknik membuat penutupan jualan tanpa paksaan

Membongkar rahsia memenuhi kepuasan pelanggan dan membuat jualan bersilang (cross selling)
Menceritakan faedah kuasa hebahan mulut pelanggan dalam promosi jualan dan juga langkah berkesan menangani bantahan jualan

Inspirasi kepada mereka yang mahu menjana pendapatan sampingan yang berterusan melalui aktiviti jualan

Mengenai PenulisRosli Baharuddin merupakan Pengurus Kanan Perbankan Konsumer bagi negeri Kedah dan Perlis di salah sebuah Pusat Perbankan Islam negara. Beliau telah berkhidmat dalam industri ini selama lebih daripada 20 tahun.

Di awal perkhidmatan, beliau mempraktikkan sendiri pengetahuan yang diperolehi dalam bidang jualan untuk mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Berbekalkan pengalaman langsung ini, beliau diberi kepercayaan untuk mengemudi dan mengendalikan kakitangan jualan, memastikan segala produk yang ditawarkan sentiasa mendapat sambutan sewajarnya di pasaran dan menjaga tahap perkhidmatan yang ditawarkan. Beliau juga merupakan pemegang Diploma dalam bidang Pengajian Bank dari ITM.

================
Penulis : Rosli Baharuddin
ISBN : 978-967-416-018-0
Muka Surat : 174
Berat (kg) : 0.25
================

Sinopsis

Read Mode Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

Belajar Bisnes
https://belajarbisnes.com