Petua Pelabur Tersohor

Satu cara yang amat berkesan untuk belajar tentang pelaburan saham ialah dengan membaca dan mengkaji pelaburan para pelabur yang berjaya mencatatkan rekod pencapaian luar biasa dalam jangka panjang.

Mereka telah menjana pulangan yang lumayan untuk diri sendiri dan juga pelabur mereka.

Kesemua pelabur yang dipaparkan dalam buku ini merupakan pelabur jangka panjang berasaskan fundamentals, iaitu berasaskan kekuatan perniagaan dan bukan pedagang jangka pendek yang menggunakan analisis teknikal.

Buku ini membolehkan pelabur kecil memanfaatkan kepakaran dan kebijaksanaan Warren Buffett, Ken Fisher, Peter Lynch, Benjamin Graham, Philip Fisher, John Templeton, Jim Rogers, John Neff, Walter Schloss dan John Bogle dalam membuat penilaian dan pemilihan saham.

Pelajari:
Teknik pelaburan Warren Buffett
Apakah 10 jalan umum yang dikemukakan oleh Ken Fisher untuk membina kekayaan.
Apakah prinsip asas pelaburan Peter Lynch
Apakah yang Benjamin Graham maksudkan dengan margin keselamatan
15 faktor penilaian oleh Philip Fisher apabila memilih saham
Peraturan yang boleh dianggap paling relevan oleh John Templeton untuk pelabur pada masa kini
Dan pelbagai fasa pelaburan oleh pelabur-pelabur tersohor yang lain.

Tentang Penulis:
Razali Razman ialah seorang penulis dan penterjemah yang mengkhusus dalam bidang kewangan. Beliau merupakan penulis buku Panduan Bijak Melabur, Panduan Pelaburan Unit Amanah serta eBook Panduan Asas Saham dan pernah menyumbang rencana untuk Dewan Ekonomi, Agama dan Falsafah serta UM Accounting Journal. Beliau juga giat melabur dalam pasaran saham dengan tumpuan kepada pelaburan jangka panjang. Razali mempunyai ijazah perakaunan dari UM dan MBA Kewangan dari UIA. Beliau memiliki dan menguruskan Razz Publications.




FREE SHIPPING:
TIP PEMBELIAN UNTUK DAPAT PENGHANTARAN PERCUMA KLIK DISINI 

1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.





FB Auto Poster Robot!

++++++++++++++++++++++++
#dKedai Buku
http://dkedaibuku.com