Mudahnya Mengurus Kekayaan dalam Islam

Buku ini dihasilkan atas kesedaran bahawa ramai individu menghadapi dilema dalam pengurusan
kewangan dan ingin tahu bagaimana beralih kepada sistem yang patuh syariah.

Oleh itu, buku ini menerangkan pelbagai penyelesaian praktikal berlandaskan syariah telah dihuraikan oleh para ulama untuk mengatasi dilema kewangan peribadi anda.

Ianya sesuai untuk pengamal industri kewangan seperti ejen takaful, konsultan unit amanah dan perancang harta pusaka kerana ia mengandungi proses perancangan kewangan secara menyeluruh. Semoga ilmu ini menjadi nilai tambah dalam memberikan perkhidmatan yang profesional kepada pelanggan anda.

Pelajari:
  1. Konsep harta dan kekayaan dalam Islam.
  2. Empat komponen penting dalam perancangan kewangan Islam.
  3. Strategi pengurusan kewangan patuh syariah.
  4. Produk kewangan Islam di pasaran dan perbandingan dengan produk konvensional.
  5. Ciri-ciri riba, gharar dan maisir dalam kewangan.
  6. Cara melaksanakan pengurusan kewangan patuh syariah.
  7. Cara untuk memilih produk kewangan yang sesuai dengan keperluan anda.
Mengenai Penulis

Norsa’adah Ahmad berpengalaman lebih lima tahun dalam industri perancangan kewangan dan seorang perancang kewangan Islam (Islamic Financial Planner) bertauliah melalui program Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) dan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM). Beliau lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa dan pernah bertugas di syarikat korporat sebelum menceburi bidang perancangan kewangan. Dalam industri perancangan kewangan, beliau mempunyai lesen sebagai broker insurans hayat dan takaful keluarga, konsultan unit amanah saham dan perancang harta pusaka Islam. Beliau juga seorang akauntan bertauliah dalam Malaysian Institute of Accountants (MIA).




1. Pastikan jumlah pembelian adalah RM150 & ke atas.
2. Pastikan semua produk yang dibeli berada dalam Kategori A (Diskaun 40% & ke bawah)
3. Jangan campur produk Kategori A & Kategori B dalam satu order. Buat order berasingan.

++++++++++++++++++++++++
#BorongBukuOnline
#NakBisnes