Jaddid Hayatak (Perbaharui Hidupmu)

Ramai orang yang ingin membuka lembaran baru dalam hidupnya, tetapi menantikan saat atau
keadaan tertentu untuk membuat perubahan tersebut. “Perfect timing,” kata orang.

“Itu hanya ilusi!” kata Sheikh Muhammad al-Ghazali, penulis buku ini. Perubahan hidup tidak seharusnya disandarkan pada faktor luaran, kerana perubahan itu datangnya dari diri sendiri.

Dale Carnegie telah menggemparkan dunia Barat dengan How to Stop Worrying and Start Living, buku yang diterbitkan pada 1948, namun masih kekal ‘best seller’ sehingga hari ini. Kata al-Ghazali, “Saya telah membaca buku How to Stop Worrying and Start Living karya Dale Carnegie.

Usai membacanya, saya bertekad mengembalikannya kepada prinsip-prinsipnya yang Islami.” Nah, Jaddid Hayatak inilah hasilnya. Buku ini menjadi fenomena di Timur Tengah, dan kami bawakan fenomena ini ke sini pula!

Perubahan itu bermula dari dalam diri – dari fikiran dan cara pandang, dan sejauhmana kita menggali segala potensi yang dikurniakan Tuhan. Hikmah-hikmah berharga dari buku Dale Carnegie itu diulas dengan baik oleh Sheikh Muhammad al-Ghazali, dengan dikembalikan segala prinsip itu kepada sumbernya yang sebenar – Islam itu sendiri.

Ayuh kita perbaharui hidup kita, hari ini!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5." x 8”
ISBN-13: 978-983-2423-22-5
Jumlah Muka Surat:328
Berat (Kg): 0.44
===========================



Read More Click Here

email Marketing

CHANNEL TELEGRAM

Search kami di @dkedaibuku atau layari https://telegram.me/dkedaibuku

Sekian Terima Kasih.

NakBisnes
https://telegram.me/nakbisnes